Waktu Solat

Wednesday, July 30, 2008

PERISIAN MENGENALPASTI KOMPONEN PC

Perisian ini adalah untuk memudahkan pengguna mengetahui ciri dan jenis komponen yang terdapat pada sesebuah komputer. Perisian ini tidak perlu dipasang pada komputer. Ia berfungsi secara langsung apabila anda mengklik ikon fail ini sama ada diletakkan dalam komputer atau storan USB.

Cubalah ketahui rahsia komputer anda sendiri dengan mendapatkan perisian ini pada url berikut http://www.datafilehost.com/download-26070b5a.html


Selamat mencuba..

THUMBDRIVE ANDA MUNGKIN DIANCAM MALWARE

Malware boleh merebak ke komputer pengguna melalui storan USB dan menjejaskan prestasi komputer pengguna. Fail "autorun.inf" selalunya diperalatkan oleh malware ini untuk mengaktifkan dirinya apabila pengguna membuka pemacu USB tersebut dengan cara mengklik ikonnya Tanpa disedar oleh pengguna, mereka telah melaksanakan arahan 'perintah yang merbahaya' yang tersimpan atau dilampirkan dalam fail "autorun" tadi.

Pengguna boleh mengelakkan atau mencegah jangkitan ini dari storan USB dengan menggunakan salah satu perisian yang boleh berfungsi mencegah malware ini seperti Ninja Pendisk. Ia merupakan satu perisian percuma dan beroperasi secara senyap di bahagian System Tray untuk membuat imbasan.

Selain dari itu, ia juga berfungsi mematikan fungsi fail "autorun.inf" yang berisiko, sekaligus mendedahkan kehadiran fail melware yang memperalatkannya.

Perisian ini boleh pengguna download menerusi laman web berikut;

http://nunobrito.eu/ninja/

http://www.softpedia.com


*********

Thursday, July 24, 2008

TENGOK TV ONLINE

Anda nak tengok tv secara online?

Lawatlah laman web ini
http://um.com.my/streaming/v1/modules.php?name=Video_Stream&page=watch&id=1
http://freecomputertv.com/


sardotcom@yahoo.com

ISTILAH @ TERMINOLOGI IT

Bahasa atau perkataan yang digunakan dalam komputer adalah dipanggil sebagai terminologi atau istilah. Oleh itu untuk memudahkan kita untuk mengetahui terminologi ini dalam Bahasa Malaysia ada perkhidmatan yang disediakan oleh sebuah agensi kerjaaan iaitu Unit Kemajuan IT Negeri Sabah.

Kunjungilah laman web ini http://www.sabah.edu.my/istilah/istilah01br.asp



sardotcom@yahoo.com

serangan virus, malware dan spyware

Internet pada masa kini merupakan satu media yang amat penting sebagai penyebaran atau mendapatkan maklumat dan berita semasa dan terkini. Semua maklumat yang terdapat dalam internet atau cerita serta gambar dan video tidaklah seharusnya diterima 100% betul dan ini memerlukan pertimbangan yang sewajarnya daripada pencari dan pembaca maklumat tersebut untuk menentukannya.

Keseronokan untuk mendapatkan maklumat daripada laman-laman web atau blog merupakan satu cara komputer pengguna menerima ancaman dan serangan daripada virus, malware dan juga spyware. Ini berlaku disebabkan ada sesetengah laman web atau blog itu telah diserang oleh virus dan lainnya, dan apabila kita membuka laman atau blog ini secara tidak langsung pengguna telah memuat-turun anasir ini ke dalam komputer mereka. Ini kerana semasa kita membuka laman web tersebut, semua kandungan yang terdapat dalam laman web itu akan disimpan sementara ke dalam komputer pengguna.

Begitulah juga dengan kegemaran pengguna memuat-turun gambar, lagu, videof dan fail daripada internet merupakan satu cara komputer pengguna mendapat serangan anasir jahat ini.

Oleh yang demikian, pengguna haruslah bersedia melakukan apa sahaja dan menerima hakikat bahawa komputer pengguna sentiasa terdedah kepada serangan virus, malware dan spyware dan lain-lainnya. Antaranya, pengguna kenalah mempastikan antivirus yang terdapat pada komputer pengguna sentiasa update (kalau guna yg pirate itulah padahnya, gunalah yang original ...) .

Kalau sudah tidak dapat ditangani masalah serangan ini,bersedialah untuk format komputer tersebut.

Kesimpulannya, berhati-hati apabila melawat laman web atau blog yang diingini dan ketika memuat-turun fail yang diingini.


sardotcom@yahoo.com

Wednesday, July 23, 2008

ADAKAH KOMPUTER ANDA DI SERANG MALWARE?

Jika anda mendapati seluruh sistem windows komputer anda telah bertukar dan segala komponen PC anda terganggu, maka PC anda telah diserang oleh malware. Malware akan mengganggu dan mengubahsuai dengan drastik sistem registry windows dan segala komponen tidak dapat dicam oleh sistem komputer.

Salah satu tanda PC anda diserang malware adalah seperti berikut;

Registered to-
SARDOTCOM
ACER Aspire 5571

*******_*********_***

bertukar kepada
JAMBANMUV2
DIE!DIE!DIE!
*******_*********_***

Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan ComboFix, SDFix dan Virus Remover Tool for Win32/Alman daripada AVG.

Gunakan ComboFix terlebih dahulu, kemudian SDFix dan barulah Virus Remover Tool.

Download perisan ini daripada laman web yang disediakan.

ComboFix – http://download.bleepingcomputer.com/sUBs/Combofix.exe
SDFix - http://downloads.andymanchesta.com/RemovalTools/SDFix.exe
Virus Remover Tool- http://free.grisoft.com/doc/29223/us/frt/0/ndi/67799



Selamat mencuba……


sardotcom@yahoo.com

PERISIAN MENYELENGGARA DAN MEMULIHKAN PRESTASI PC

Glary utilities berfungsi sebagi penyelenggaran dan mampu memlihkan prestasi PC yang lembap bekerja, di samaping itu ia juga mampu berfungsi bagi menjamin privasi PC anda.

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh perisian ini adalah, berfungsi untuk membersihkan fail sampah atau jejak internet (cache memory), boleh membuang input registry yang tidak sah, serta boleh mengurus dan memadam ‘komponen tambahan’ pelayar web. Fungsi lainnya adalah, ia mampu mengoptimakan memori dan membuang pintasan windows yang terputus.

Download perisian ini di laman web berikut;

http://www.glarysoft.com
http://www.softpedia.com


**************
sardotcom@yahoo.com

MENUKAR VIDEO KE BENTUK IMEJ

Bagi memudahkan anda mendapatkan imej yang difikirkan perlu daripada satu tayangan video anda boleh menggunakan beberapa perisian yang dibina khas dan boleh digunakan secara percuma. Antara perisian tersebut adalah SMPlayer.

Perisian ini boleh memainkan pelbagai audio atau video. Selain sesuai memainkan DVD atau aliran video dari Internet, ia juga turut dilengkapi dengan fungsi sampingan seperti memotong(snapshot) paparan video menjadi imej, menyokong sari kata dan menyimpan ketetapan video. Ia juga boleh mengekstrak babak video (menjadi format JPEG) dengan lebih mudah dan pantas.

Download perisian tersebut di laman web berikut;

http://smplayer.sourceforge.net
http://www.softpedia.com


**************
sardotcom@yahoo.com

Tuesday, July 22, 2008

HENDAP SIBER (CYBERSTALKING) DAN GANGGUAN

Internet telah menadi sebahagian penting di dalam kehidupan kita. Kita menggunakannya untuk bekerja, bermain dan belajar tetapi kita mesti menyedari apa dan dengan siapa kita boleh berkomunikasi.

Beberapa tips bagi mengelakkan daripada dihendap dan diganggun dalam Internet:

1. Jangan membalas mesej yang bertanyakan maklumat anda.

2. Pilih nama skrin tanpa jantina (lelaki/wanita) apabila bersembang.

3. Jangan berkongsi perasaan peribadi dengan orang yang tidak dikenali, melainkan anda bersedia menghadapi bahaya.

4. Simpan mesej yang mengganggu dan mengancam anda dan laporkan kepada Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) di http://www.ceret.org.my/cyber999/

5. Lakukan carian ke atas diri sendiri menggunakan enjin carian untuk memastikan tiada maklumat peribadi anda diposkan oleh orang lain.

6. Jika keadaan menjadi tidak selesa, log keluar dan layari laman lain.


sardotcom@yahoo.com

BLOG DAN SEMBANG DENGAN SELAMAT

Menulis blog dan bersembang di dalam talian telah digunakan secara meluas di laman rangkaian sosial (Social Networking site). Walaubagaimanapun, anda perlu tahu menggunakan ia dengan lebih selamat dan positif.

Tips keselamatan untuk anda ikuti apabila menulis blog atau bersembang:

1. Pilih nama ringas yang tidak mendedahkan nama sebenar anda.

2. Baca peraturan bersembang dan blog di laman web.

3. Jangan berkongsi maklumat peribadi (alamat rumah) atau maklumat tempat yang biasa anda pergi (perpustakaan atau taman).

4. Jangan menghantar gambar/foto diri anda.

5. Elakkan berjumpa/bersembang dengan orang lain di dalam talian terutamanya jika anda tidak mengenali mereka.

6. Sekiranya seseorang membuat komen yang jahat, kesat atau memalukan, halang mereka atua beritahu ibubapa/guru anda.

7. Jika Laman web blog mempunyai ‘senarai rakan’, hanya benarkan orang yang anda kenal dan percaya sahaja.


sardotcom@yahoo.com

VIRUS DAN CECACING

Virus dan cecacing juga dikenali sebagai malware’ merujuk kepada aturcara perisian yang direka untuk merosakkan perkara yang tidak dikehendaki di dalam sistem komputer.

Tips untuk melindungi komputer danda daripada ‘malware’:

1. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian (Windows, Mac OS, Linux) dan aturcara anda.

2. Gunakan firewall peribadi (cth; Zone Alarm).

3. Memasang, menggunakan dan mengemaskini perisian anti virus anda dengan kerap.

4. Jangan membuka lampiran e-mel atau fail muat turun daripada sumber yang tidak diketahui keranaia mungkin mengandungi ‘malware’.

5. Imbas pemacu mudah alih (thumbdrive, portable hard disk) sebelum menggunakannya.

6. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) tentang virus dan cecacing yang baru ditemui melalui laman web www.mycert.org.my


sardotcom@yahoo.com

MENGAWASI PERISIAN INTIP

Perisian Intip(spyware) ialah perisian yang menyebabkan perkara seperti ; pengiklanan timbul, menutip maklumat peribadi atau perubahan pearasan komputer berlaku tanpa pengetahuan anda.

Beberapa tanda menunjukkan komputer mengandungi perisian inip dan tips melidungi komputer anda:

1. Timbulnya tajuk rentang (banner) pada penyemak imbas web ketika anda tidak berada di internet.

2. Laman utama yang muncul ketika membuka penyema imbas anda adalah berlainan daripada apa yang telah anda laraskan.

3. Muncul Palang Perkakas (toolbar) baru yang tidak dipasang di penyemak imbas web anda.

4. Komputer anda rosak atau kandas (hang) tanpa sebab.

5. Gunakan perisian anti intip ( cth ; Ad-Aware, Spybot) untuk mencegah aturcara ang tidak dikehendaki daripada berfungsi di komputer anda.

6. Kemaskini sistem pengoperasian dengan memuat turun semua kemskini keselamatan.

7. Hapuskan Fail Internet Sementara (cache) dan kuki (cooke) daripada penyemak imbas anda dengan kerap.



sardotcom@yahoo.com

PERLINDUNGAN KATA LALUAN

Kata laluan adalah perkataan rahsia atau koda yang digunakan sebagai ukuran keselamatan daripada akses yang tidak sah kepada maklumat.

Beberapa petua untuk anda melindungi kata laluan anda dan bagai mana untuk mencipta kata laluan yang kukuh:

1. Jangan memberitahu kata laluan anda kepada sesiapa pun.

2. Cipta kata laluan menpunyai sekurang-kurangnya 8 aksara dengan simbol dan nombor.

3. Elak daripada menggunakan kata-kata yang biasa dijumpai di dalam kamus.

4. Jangan gunakan apa-apa perkataan atau istilah yang berkaitan dengan dri anda sebagai kata laluan.

5. Ubah kata laluan anda dengan kerap, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

6. Anda sepatutnya menggunakan kala laluan yang berbeza untuk setiap laman web atau setiap akaun yang anda akses.


srdotcom@yahoo.com

BERKAWAN DALAM TALIAN

Laman Perangkaian Sosial (Social Networking Site) adalah tempat pengguna boleh mencipta profil dan membina rangkaian peribadi di dalam talian yang membolehkan perhubungan antara satu sama lain.

Tips untuk perangkaian sosial yang selamat:

1. Jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri anda di ruangan ‘Profil Anda’.

2. Berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang yang baru anda temui dalam talian, terutamanya yang bertanyakan soalan berbentuk peribadi.

3. Tambah seseorang itu sebagai rakan ke laman anda jika anda mengenali orang itu secara peribadi.

4. Padamkan mesej daripada penulis komen yang mungkin tidak sesuai.

5. Semak peraturan di laman perangkaian social seperti friendster, myspace, facebook sebelum menggunakannya untuk berkawan.

6. Jangan memberi maklumat tentang rakan anda kerana perbuatan itu mungkin boleh mendedahkan merkeka kepada risiko.

7. Ingat bahawa apa sahaja yang anda hantar di dalam talian bukanlah sulit dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

sardotcom@yahoo.com

PERLINDUNGAN MAKLUMAT

Anda perlu berhati-hati kerana anda tidak tahu apa yang berlaku di sebalik skrin komputer apabila menghantar maklumat peribadi semasa berada di dalam talian.

Tips keselamatan di Internet:

1. Jangan memberi maklumat peribadi anda dan keluarga.

2. Jangan menghantar gambar/ foto anda dan keluarga.

3. Laporkan kepada ibubapa/guru sekiranya terdapat ganguan yang membimbangkan anda ketika berada di dalam talian.

4. Jangan Membuka e-mel, fail atau pautan laman web daripada sumber-sumber yang tidak dikenali.
Jangan memberi kata laluan kepada sesiapa pun.


sardotcom@yahoo.com

PETUA PENGKOMPUTERAN SELAMAT

Tips perkomputeran selamat ketika berada di dalam internet :

1. Jangan mendedahkan maklumat diri anda kepada orang ataul laman web yang tidak dikenali.

2. Cipta kata laluan yang sukar untuk diteka dan simpan dengan selamat.

3. Jangan membuka e-mel daripada sumber yang tidak diketahui.

4. Gunakan antivirus, anti-spyware dan firewall serta sentiasa kemaskini aturcara ini.

5. Sentiasa kemaskini sistem pengoperasian dan penyemak imbas web anda.

6. Sentiasa buat salinan (backup) fail anda yang penting.

7. Jangan tinggalkan computer anda tanpa diawasi dan lindunginya dengan kata laluan apabila tidak digunakan.

8. Jangan mendedahkan identiti sebenar di dalam bilik sembang (chat rooms).

9. Hubungi Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) di http://www.cert.org.my/



sardotcom

BERKONGSI & MEMUAT TURUN FAIL RAKAN KEPADA RAKAN (P2P)

Berkongsi atau muat turun fail rakan kepada rakan (Peer-to-Peer (P2P)) adalah rangkaian komputer yang membenarkan beberapa fail dikongsi dengan umum atau pengguna terpilih sahaja.

Beberapa tips yang perlu anda tahu apabila berkongsi dan memuat turun menggunakan P2P ;

1. Memuat turun muzik, video, buku elektronik, poster dan imej tanpa kebenaran adalah menyalahi undang-undang. Pastikan ia adalah percuma sebelum memuat turun.
2. Sentiasa ingat bahawa fail yang dimuat turun mungkin mengandungi gambar atau video lucah.
3. Aturcara P2P yang digunakan untuk mengakses fail di komputer anda mungkin mempunyai program yang dapat mendedahkan maklumat peribadi dan memaparkan tajuk rentang (banners) dan iklan yang menjengkelkan.
4. Elakkan berkongsi fail dan jangan menerima sebarang tawaran untuk pemasangan program di dalam komputer anda.
5. Program P2P yang anda muat turun dan pasang boleh mengandungi ’malware’ (virus, perisian inti, dll).
Bincangkan ‘netiquette’(amalan dan kelakuan baik di Internet) dan isu hak cipta bersama ibubapa dan guru jika anda tidak pasti.



sardotcom@yahoo.com

EMAIL & SPAM

Kini, banyak e-mel adalah e-mel remeh (spam). Anda Perlu memadamkan e-mel ini tanpa membukanya serta tidak membalas e-mel tersebut.

Tips keselamatan apabila menghantar dan menerima e-mail ;

Jangan memberi maklumat peribadi di dalam mesej e-mel anda jika diminta oleh orang yang tidak dikenali.

Jangan buka lampiran e-mel dan mesej segera(IM) daripada sumber yang tidak diketahui.

Jika anda menerima e-mail meminta derma atau wang, jangan balas atau menghantar wang tersebut.

Jangan kirim@hantar e-mel yang meminta anda supaya menghantar kepada orang ramai. Ia dikenali sebagai mesej berantai.

Jika anda menerima e-mel yang menggangau atau merasakan diri anda berada dalam bahaya, lapor segera kepada Malaysian computer Emergency Response Team(MyCERT) di

http://www.cert.org.my/

http://www.cybersecurity.my/bahasa/index.html


sardotcom

Malaysian computer Emergency Response Team(MyCERT)

Malaysian computer Emergency Response Team(MyCERT) merupakan Agensi Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam membantu memerangi jenayah atau sebarang anasir yang boleh menganggu dan menyebabkan para pengguna dan pengamal teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia khasnya dan pengguna di seluruh dunia amnya. Maklumat terperinci mengenai virus, spam, malware dan yang berkatian boleh diperolehi daripada web ini.

Memandangkan semua maklumat dan perkara yang kita inginkan mudah diperolehi pada zaman teknologi pesat berkembang dan perkembangan penggunaan blog sebagai wadah penyebaran maklumat yang betul atau palsu, maka semudah itu juga kita akan mendapat sesuatu yang boleh merosakkan atau memudaratkan medium yang kita gunakan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan dengan cepat dan pantas. Medium yang saya maksudkan adalah mereka yang bernama K O M P U T E R.

Laman web tersebut adalah http://www.mycert.org.my/en/


sardotcom

Friday, July 18, 2008

Simpan Fail @ upload file di internet

http://www.datafilehost.com


Laman web ini merupakan salah satu daripada beribu web yang menyedia perkhidmatan untuk menyimpan atau upload fail di internet. Caranya mudah sahaja , ikut step yang telah dipaparkan dan akhir sekali alamat bagi fail tersebut ayang dinyatakan dan copy n paste alamat tersebut serta simpan ditempat yang selamat atau berikan pada rakan jika ingin berkongsi gail tersebut..selamat mencuba

Free DvD downloader - software and applications

Banyak perisian dan aplikasi yang boleh kita download daripada laman web di bawah secara percuma atau berbayar .

http://dvdsoft.com/

http://dvdvideosoft.com/

******************

Monday, July 14, 2008

Penyelarasan Markah Kerja Kursus oleh Pentaksir Kawasan

Tahniah kepada para pelajar ICT Tingkatan 5 yang telah selesai melaksanakan kerja kursus dan telah dipantau oleh Pentaksir Kawasan En. Mohd. Fadzli Morad (SMK Abdul Rahim) pada 14 Julai 2008.

Terima kasih kepada kerjasama semua pelajar serta Pentaksir Kawasan.

sardotcom@yahoo.com

Friday, July 11, 2008

Technorama-IT 2008




Aktiviti Technorama IT peringkat daerah Kota Marudu telah berjalan pada 10 Julai 2008, bertempat di Makmal Komputer SMK Tandek. Pemenang tempat pertama dimeangi oleh Team 6 yang dianggotai oleh Maxie Rinah Abd Ghani, Nee Khadijah Nee Musa, Nurainie Mohd Satree dan Sairil Janioh. Tempat kedua, Team 1 ; Dowini binti James Rubinsin, Wilfred bin Jobily, Arif Kindih dan Angilica Lee. Tempat ketiga Team 10; Andy wedly Sinty, Rosmawati Masalan, Rennysia Sinuar dan Azmi Ismail. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai , Pertama RM400.00, Kedua RM200.00 dan ketiga RM100.00.


Penyampaian hadiah dan cenderahati disampaikan oleh Pengarah, Unit Kemajuan IT Sabah, En. Bruno Vun.



*************************


Monday, July 7, 2008

Waspada radiasi menara telekomunikasi

Perkembangan telekomunikasi yang semakin pesat dibimbangi bakal membawa kemudaratan kepada penduduk setempat atas alasan radiasi yang dipancarkan.
Banyak rungutan yang disuarakan oleh pelbagai golongan masyarakat yang bimbang dengan pembinaan menara telekomunikasi yang didirikan hampir dengan kawasan perumahan dan berpenduduk padat.
Sebab itu, sebelum ini timbul kebimbangan di kalangan masyarakat bahawa ia mendatangkan risiko kepada kesihatan termasuk kanser akibat daripada radiasi yang dipancarkan.
Benarkah begitu? Adakah kajian terperinci telah dilakukan bagi mengesahkan perkara tersebut?
Industri telekomunikasi mudah alih yang berkembang pesat dengan pelbagai kemudahan telah diperkenalkan kepada pengguna termasuk kemudahan audio, video serta muat turun berkapasiti tinggi serta pelbagai kemudahan GPRS dan 3G yang semakin canggih.
Ini memerlukan gelombang transmisi radio yang tinggi seperti Frekuensi Terlalu Tinggi (VHF) dan Frekuensi Amat Tinggi (SHF), yang mana ia akan mengecilkan lagi jarak pancaran untuk liputan menyeluruh.
Oleh itu lebih banyak sel diperlukan dan lebih banyak menara dan peralatan antena didirikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tele-Infra Teknologi Sdn. Bhd. (TTSB), Sohaimi Mior Hassan berkata, biasanya menara dan peralatan komunikasi dibina di merata tempat sama ada di atas tanah atau diletakkan di atas bumbung bangunan bagi mendapatkan liputan lebih baik dan menyeluruh.
“Sudah tentu kehadiran menara dan struktur telekomunikasi yang semakin bertambah serta dipasang merata tempat seperti kawasan perumahan yang berpenduduk padat menimbulkan rasa panik di kalangan penduduk terutama mereka yang prihatin terhadap kesihatan awam," katanya ketika ditemui Mega, baru-baru ini.
Tele-Infra sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang mengkhusus dalam bidang pengauditan keselamatan pihak ketiga atau third party safety audit.
Buat masa ini Tele-Infra telah mendapat kontrak bagi melaksanakan audit keselamatan tahunan ke atas semua menara dan struktur komunikasi di tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Melaka.
Tidak berbahaya
Menyentuh mengenai pengalaman melakukan audit keselamatan di tiga buah negeri berkenaan, Sohaimi berkata, pemancaran yang dihasilkan oleh menara adalah medan elektromagnet tanpa ion (non ionised EMF).
“Pancaran berkenaan tidak berbahaya jika tidak melebihi tahap bahaya yang ditetapkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
"Di negara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menetapkan pancaran EMF tidak melebihi 40volt/meter bagi kawasan penempatan, 6v/m bagi kawasan berisiko seperti sekolah, hospital dan stesen minyak.
“Ini merupakan tahap selamat yang disyorkan oleh ITU dan sekiranya ia melebihi 40v/m, ia akan membahayakan kesihatan," katanya.
Sohaimi berkata, sepanjang pemeriksaan yang dilakukan di menara dan struktur komunikasi di tiga buah negeri, pihaknya mendapati purata pancaran EMF tidak melebihi 4v/m.
Beliau menambah, tahap berkenaan adalah rendah berbanding yang dibenarkan oleh ITU dan ini bermakna pancaran radiasi di tiga negeri berkenaan tidak membahayakan orang awam dan alam sekitar.
Bagaimanapun tegas Sohaimi, kawasan yang terlalu hampir dengan peralatan antena atau piring gelombang mikro seperti di atas bumbung atau menara adalah kawasan larangan dan mungkin terdedah dengan pancaran radiasi melebihi tahap selamat.

Biasanya terdapat turun naik dalam kekuatan radiasi yang dipancarkan oleh sesebuah alat komunikasi.
“Antara faktor yang menyebabkan turun naik kekuatan radiasi yang dipancarkan adalah penggunaan power booster untuk menggandakan jarak EMF dan penggunaan telefon mudah alih pada masa puncak.
“Sukatan berkenaan boleh diperoleh menggunakan EMF meter yang dibeli daripada syarikat pembekal peralatan elektrik antarabangsa," katanya.

Maklumat mengenai syarikat berkenaan boleh didapati menerusi laman web produk antarabangsa seperti PMM dan Bosch.

Bagaimanapun proses sukatan mempunyai prosedur dan kaedah yang hanya boleh dilakukan oleh pakar.
Sohaimi berkata, pihaknya menjalankan audit keselamatan di setiap stesen pemancar sekali setahun sebelum permit tapak boleh diperbaharui oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pihak kami akan menyediakan Laporan Audit Keselamatan setiap tahun dan menyerahkannya kepada syarikat telekomunikasi terlibat sebelum kelulusan permit dikeluarkan oleh PBT bagi tapak berkenaan," katanya.

Pemantauan tapak menara amat diperlukan kerana PBT perlu mempunyai laporan audit yang lengkap sebagai bukti bahawa tapak pemancar itu benar-benar selamat dan menghilangkan rasa takut orang ramai.
Laporan berkenaan juga adalah bukti yang boleh ditunjukkan di mahkamah jika tindakan diambil oleh pihak ketiga mengenai penyakit kronik seperti kanser disebabkan pancaran radiasi di tapak berkenaan.
Kerajaan negeri dan PBT perlu prihatin terhadap keselamatan awam dan perlu memastikan bahawa setiap struktur yang dibina selamat dan tidak menimbulkan kesan negatif terhadap penduduk dan alam sekitar.
PBT, kerajaan negeri dan penduduk yang berhampiran dengan menara pemancar perlu tahu mengenai sempadan kawasan larangan yang tidak boleh dilintasi terutama seratus kaki (30.5 meter) di hadapan piring pemancar.

Pemantauan yang dilakukan serta sempadan radiasi memastikan penduduk tidak lagi bimbang kerana komunikasi mudah alih amat diperlukan masa kini memandangkan telefon bimbit diguna oleh semua orang di mana saja.

Sohaimi berkata, pemilik menara perlu membayar TTSB bagi melaksanakan audit keselamatan yang sama dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Ditanya apakah langkah yang diambil jika menara telekomunikasi yang dipantau melebihi tahap selamat, Sohaimi berkata laporan berkenaan akan dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Antaranya ialah ia perlu disukat semula oleh Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bagi pengesahan laporan yang dilakukan oleh TTSB.

“Jika laporan berkenaan tepat SKMM akan memberikan cadangan kepada PBT untuk arahan roboh atau berpindah ke tempat lebih sesuai atau kuasa pemancar dikurangkan ke paras yang selamat," katanya.
Bagi memastikan tapak menara dan struktur komunikasinya di seluruh negara tidak berbahaya, Sohaimi berkata audit keselamatan perlu dilakukan oleh pihak ke tiga yang berkemampuan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta dipantau oleh kerajaan negeri dan PBT.

Audit tidak boleh dilakukan oleh syarikat komunikasi atau pemilik menara kerana ia akan menimbulkan konflik kepentingan.

Selain pemeriksaan tahap radiasi pemancar komunikasi, TTSB juga melakukan tiga jenis audit ke atas tapak pemancar komunikasi iaitu audit keselamatan, audit struktur dan audit keselamatan radiasi.
Bagi memastikan tapak menara mengikut garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang melibatkan jarak antara menara dengan kediaman, kawasan perindustrian dan komersial mengikut keputusan Parlimen.

Tiga audit dilakukan dan serta dikeluarkan oleh jurutera bertauliah yang diiktiraf oleh kerajaan yang kemudiannya disokong oleh Bureau Veritas iaitu sebuah badan akreditasi antarabangsa yang diiktiraf oleh 140 buah negara seluruh dunia,” katanya.
Sohaimi menambah audit berkenaan perlu dilakukan secara berkala kerana keadaan tapak sentiasa berubah dengan perubahan cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti menara runtuh.



sumber : Utusan Malaysia, 8 Julai 2008

Thursday, July 3, 2008

TUGASAN TING 4/2008 : PROGAMMING CONCEPT

Individual task - submit on 07/07/08

1. Define structured approach in programming.
2. Define object-oriented approach in programming.
3. Differentiate between structured approach and object-oriented approach in programming.
4. Describe the translation method of programming using assembler, interpreter and compiler.

Wednesday, July 2, 2008

KABINET MALAYSIA 2008


Perdana Menteri Malaysia
Abdullah Ahmad Badawi
(Timbalan) Najib Tun Razak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Menteri) Bernard Dompok
(Menteri) Mohamed Nazri bin Abd. Aziz
(Menteri) Ahmad Zahid Hamidi(Menteri) Amirsham Abdul Aziz
(Menteri) Zaid Ibrahim
(Timbalan) Johari Baharom
(Timbalan) Dr. Mashitah Ibrahim
(Timbalan) K. Devamany
(Timbalan) Hassan Malik
Menteri Kewangan
1. (Menteri) Abdullah Ahmad Badawi
2. (Menteri) Nor Mohamed Yakcop
(Timbalan) Ahmad Husni Hanadzlah
(Timbalan) Datuk Kong Cho Ha
Menteri Pertahanan
(Menteri) Najib Tun Razak
(Timbalan) Abu Seman Yusop
Menteri Dalam Negeri
(Menteri) Syed Hamid Albar
(Timbalan) Chor Chee Heong
(Timbalan) Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(Menteri) Ong Ka Chuan
(Timbalan) Robert Lau
(Timbalan) Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Kerjaraya
(Menteri) Mohd Zin Mohamed
(Timbalan) Yong Khoon Seng
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
(Menteri) Shaziman Abu Mansor
(Timbalan) Joseph Salang Gandum
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
(Menteri) Mustapa Mohamed
(Timbalan) Rohani Abdul Karim
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(Menteri) Muhyiddin Yassin
(Timbalan) Loh Wei Keong(Timbalan) Jacob Dungau Sagan
Menteri Luar
(Menteri) Rais Yatim
(Timbalan) Abdul Rahim Bakri
Menteri Pelajaran
(Menteri) Hishammuddin Tun Hussein
(Timbalan) Wee Ka Siong(Timbalan) Razali Ismail
Menteri Pengajian Tinggi
(Menteri) Mohamed Khaled Nordin
(Timbalan) Khoo Kok Choong(Timbalan) Idris bin Haron
Menteri Pengangkutan
(Menteri) Ong Tee Keat
(Timbalan) Lajim Ukin
Menteri Sumber Manusia
(Menteri) S. Subramaniam
(Timbalan) Noraini Ahmad
Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat
(Menteri) Dr. Ng Yen Yen
(Timbalan) Noriah Kasnon
Menteri Perpaduan Nasional, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
(Menteri) Mohd Shafie Apdal
(Timbalan) Teng Boon Soon
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Menteri) Dr Maximus Ongkili
(Timbalan) Fadilah Yusof
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(Menteri) Noh Omar
(Timbalan) Saifuddin Abdullah
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
(Menteri) Douglas Unggah Embas
(Timbalan) Maznah Mazlan
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(Menteri) Senator Muhammad Haji Muhd Taib
(Timbalan) Joseph Kurup
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(Menteri) Shahrir Abdul Samad
(Timbalan) Jelaing Mersat
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
(Menteri) Peter Chin Fah Kui
(Timbalan) Senator Kohilan Pillay
Menteri Belia dan Sukan
(Menteri) Ismail Sabri Yaacob
(Timbalan) Wee Jack Seng
Menteri Kesihatan
(Menteri) Liow Tiong Lai
(Timbalan) Dr Abdul Latiff Ahmad
Menteri Penerangan
(Menteri) Ahmad Shabery Cheek
(Timbalan) Tan Lian Hoe
Menteri Pelancongan
(Menteri) Azalina Othman
(Timbalan) Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib
Menteri Wilayah Persekutuan
(Menteri) Zulhasnan Rafique
(Timbalan) M. Saravanan
****************

TEMA HARI GURU MALAYSIA

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara




sumber : http://www.moe.gov.my/hariguru/index.html

Tuesday, July 1, 2008

WEBSITE BERKAITAN DENGAN TUGASAN MULTIMEDIA 2008

»Pulau Pangkor
http://www.pulau-pangkor.com/index.html

»Pulau Kapas
http://www.kapas.com.my/

»Pulau Perhentian
http://www.pulauperhentian.com.my/index.php

»Pulau Langkawi
http://www.langkawi-info.com/

»Pulau Tioman
http://www.tioman.com.my/

mulu
http://www.journeymalaysia.com/rainroyalmuluresort.htm#33

»Genting Highlands - Theme Park & Hotels & Resort
http://www.genting.com.my/

»
»Sunway Lagoon
http://www.sunway.com.my/lagoon/

Alamat Kementerian Pelajaran dan Bahagian

BAHAGIAN-BAHAGIAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Blok E8 (Talian Umum Tel: 03-88846000)

Bahagian Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 11 -13, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88847108

Pejabat, Menteri Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 10, Blok E8 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. Tel : 03-88846030

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2-6, BlokE13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88841243

Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 8, Blok E8 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Peptadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88846072.

Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4 & 5, Blok E15 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88844134

Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 8, Blok E8 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88846077

Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3 & 4, Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88849581 (R) / 88849498 (M)

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4 - 8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88842141

SETIAUSAHA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 2, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya. Tel : 03-88887300 Faks: 03-88883688

Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1,2, 5-13, Blok E11 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-88843114

IBU PEJABAT BIRO TATANEGARA Jabatan Perdana Menteri Aras 1, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-88887742 Faks : 03-88883451/58

Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1 -5, BlokE12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. Tel: 03-88847835

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA Bangunan Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Tel: 03-61369663 Faks : 03-61361488

Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 6-8, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. Tel: 03-88847710

KOPERASI PERKHIDMATAN PELAJARAN NASIONAL BHD. (KOPENAS) 27, Jalan 45/26, Taman Sri Rampai , Setapak, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-40228917/71 Faks : 03-40210991

Jabatan Pendidikan Islam & Moral Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 10 & 11, BlokE12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. Tel: 03-88847155

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB) 301 & 302, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati Taman Melawati, Jalan Ulu Kelang, 53100 Kuala Lumpur. Tel : 03-41058679/41057866 Faks : 03-41058650

KUMPULAN WANG SIMPANAN GURU (KWSG) Tingkat 13, Wisma KWSG Jalan Kampung Atap 50460 Kuala Lumpur. Tel : 03-22746037 Faks : 03-22738313