Waktu Solat

Tuesday, July 22, 2008

BERKAWAN DALAM TALIAN

Laman Perangkaian Sosial (Social Networking Site) adalah tempat pengguna boleh mencipta profil dan membina rangkaian peribadi di dalam talian yang membolehkan perhubungan antara satu sama lain.

Tips untuk perangkaian sosial yang selamat:

1. Jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri anda di ruangan ‘Profil Anda’.

2. Berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang yang baru anda temui dalam talian, terutamanya yang bertanyakan soalan berbentuk peribadi.

3. Tambah seseorang itu sebagai rakan ke laman anda jika anda mengenali orang itu secara peribadi.

4. Padamkan mesej daripada penulis komen yang mungkin tidak sesuai.

5. Semak peraturan di laman perangkaian social seperti friendster, myspace, facebook sebelum menggunakannya untuk berkawan.

6. Jangan memberi maklumat tentang rakan anda kerana perbuatan itu mungkin boleh mendedahkan merkeka kepada risiko.

7. Ingat bahawa apa sahaja yang anda hantar di dalam talian bukanlah sulit dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja.

sardotcom@yahoo.com

No comments: