Waktu Solat

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Selamat mengerjakan puasa dalam bulan ramadhan tahun 2011 kepada semua umat Islam.

Tuesday, July 26, 2011

Siri duit syiling baru dikeluarkan tahun depan

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Thursday, July 21, 2011

Berhati-hati melayari Internet

SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.

Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.

Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.

Wajib ada akaun SSPN syarat mohon PTPTN

Mulai tahun depan, semua pelajar yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diwajibkan memiliki akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata syarat yang dikenakan semula selepas dimansuhkan pada 2009 itu untuk menggalakkan budaya menabung di kalangan masyarakat sebagai persediaan untuk anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Beliau berkata, sehingga kini SSPN yang dilancarkan pada 2004 merekodkan seramai 990,229 pendeposit dengan jumlah deposit terkumpul bernilai RM465.12 juta. 

Wednesday, July 20, 2011

Graduan IPG Sabah perlu berkorban dan bertugas di pedalaman

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri itu memberi komitmen penuh dengan berkorban dan bertugas di mana saja termasuk di pedalaman.

Beliau berkata, ini penting bagi merealisasikan transformasi pendidikan dan memartabatkan kecemerlangan pendidi- kan Sabah seiring dengan pencapaian di peringkat nasional.

“Saya pasti semua warga pendidik sedang berusaha dengan penuh kegigihan dan komitmen yang tinggi bagi mereali- sasikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang Pendidikan.

Jangan jadikan kemiskinan alasan tidak galak anak berjaya dalam pelajaran

Jangan jadikan masalah kemiskinan dan kekurangan kemudahan asas sebagai alasan untuk tidak menggalakkan anak-anak berjaya dalam pelajaran.

Demikian nasihat Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee kepada ibu bapa dalam golongan miskin kerana mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan pelajaran anak-anak mereka terutama untuk memperolehi keputusan cemerlang.

“Jika anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dapat belajar hingga ke peringkat pengajian tinggi akan memudahkan mereka memperolehi pekerjaan.

Peserta Sabah Juara MM2

LAUNGAN Aramai tii bergema pada malam kemuncak Mari Menari (MM) musim ke-2 sebagai tanda kemenangan MM Sarah, pasangan adik beradik yang berasal dari Negeri Sabah.

Dengan kemenangan itu, Sarah Diana Michele Durai, 32, dan Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, mencipta sejarah dalam program realiti TV tarian terbaru Astro Ria setelah dinobatkan sebagai juara Mari Menari musim ke-2 pada malam Ahad lepas.

AHLI PERSATUAN BLOGGER SABAH

Sunday, July 17, 2011

Padah taksub Internet

Penggunaan Internet secara melampau boleh merosakkan otak remaja.

Kajian yang dilakukan saintis menunjukkan tanda-tanda berlakunya kelemahan pada otak di kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa melayari Internet.


Ia boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan di samping keupayaan untuk membuat keputusan dan merancang.

Syor wujud penolong kanan disiplin

Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan jawatan guru penolong kanan disiplin bagi melengkapkan pelaksanaan Prosedur Standard (SOP) Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid yang menetapkan masalah disiplin pelajar perlu diselesaikan dalam seminggu di semua peringkat.
Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata dengan wujudnya perjawatan itu, pelaksanaan SOP menangani disiplin di sekolah bukan hanya cepat dan mudah dilaksanakan, malah melicinkan lagi prosedur berkenaan.

Pasukan khas teliti format Penyata Razak 1956 sebelum laksana perubahan

KERAJAAN dijangka meneliti laporan awal keperluan untuk mengkaji secara komprehensif sistem pendidikan negara, selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pasukan khas yang ditubuhkan awal tahun ini dan diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud kini meneliti format Penyata Razak 1956 bagi menghasilkan laporan itu.

“Sebaik siap, laporan itu akan dibentangkan ke Kabinet dan jika mendapat kelulusan Perdana Menteri bagi meneruskan kajian itu, aspek yang akan menjadi tumpuan utama serta jangkaan sama ada akan dilakukan perubahan atau rombakan besar-besaran terhadap sistem pendidikan sedia ada akan diketahui,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga harinya ke sini, semalam. 

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pemimpin Kelab UMNO Indonesia yang turut dihadiri Pengerusi kelab itu, Mohd Feendi Mohd Fauzi Yap.