Waktu Solat

Tuesday, July 22, 2008

BLOG DAN SEMBANG DENGAN SELAMAT

Menulis blog dan bersembang di dalam talian telah digunakan secara meluas di laman rangkaian sosial (Social Networking site). Walaubagaimanapun, anda perlu tahu menggunakan ia dengan lebih selamat dan positif.

Tips keselamatan untuk anda ikuti apabila menulis blog atau bersembang:

1. Pilih nama ringas yang tidak mendedahkan nama sebenar anda.

2. Baca peraturan bersembang dan blog di laman web.

3. Jangan berkongsi maklumat peribadi (alamat rumah) atau maklumat tempat yang biasa anda pergi (perpustakaan atau taman).

4. Jangan menghantar gambar/foto diri anda.

5. Elakkan berjumpa/bersembang dengan orang lain di dalam talian terutamanya jika anda tidak mengenali mereka.

6. Sekiranya seseorang membuat komen yang jahat, kesat atau memalukan, halang mereka atua beritahu ibubapa/guru anda.

7. Jika Laman web blog mempunyai ‘senarai rakan’, hanya benarkan orang yang anda kenal dan percaya sahaja.


sardotcom@yahoo.com

No comments: