Waktu Solat

Tuesday, July 22, 2008

BERKONGSI & MEMUAT TURUN FAIL RAKAN KEPADA RAKAN (P2P)

Berkongsi atau muat turun fail rakan kepada rakan (Peer-to-Peer (P2P)) adalah rangkaian komputer yang membenarkan beberapa fail dikongsi dengan umum atau pengguna terpilih sahaja.

Beberapa tips yang perlu anda tahu apabila berkongsi dan memuat turun menggunakan P2P ;

1. Memuat turun muzik, video, buku elektronik, poster dan imej tanpa kebenaran adalah menyalahi undang-undang. Pastikan ia adalah percuma sebelum memuat turun.
2. Sentiasa ingat bahawa fail yang dimuat turun mungkin mengandungi gambar atau video lucah.
3. Aturcara P2P yang digunakan untuk mengakses fail di komputer anda mungkin mempunyai program yang dapat mendedahkan maklumat peribadi dan memaparkan tajuk rentang (banners) dan iklan yang menjengkelkan.
4. Elakkan berkongsi fail dan jangan menerima sebarang tawaran untuk pemasangan program di dalam komputer anda.
5. Program P2P yang anda muat turun dan pasang boleh mengandungi ’malware’ (virus, perisian inti, dll).
Bincangkan ‘netiquette’(amalan dan kelakuan baik di Internet) dan isu hak cipta bersama ibubapa dan guru jika anda tidak pasti.



sardotcom@yahoo.com

No comments: