Waktu Solat

Friday, March 23, 2012

MENURUN SEDIKIT Keputusan SPM Sabah 2011 dengan 13 pelajar terbaik


Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 untuk Sabah menurun sedikit dengan 0.82 peratus kepada 94.05 peratus berbanding 94.87 peratus pada 2010.

“Meskipun demikian masih mengatasi 2.98 peratus pencapaian kebangsaan iaitu 91.07 peratus,” kata Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin ketika mengumumkan keputusan itu di SMK Majakir di sini kelmarin.


Beliau berkata sejumlah 33,276 calon (83.68 peratus) dari sekolah menengah kebangsaan yang menduduki peperiksaan itu tahun lepas dengan 30,827 memperolehi sijil SPM atau sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding 33,383 calon pada 2010.

Kesemuanya terdapat 39,765 calon menduduki peperiksaan SPM dari 14 Nov hingga 14 Disember tahun lepas itu.

Di samping Sekolah Menengah Kebangsaan, yang lainnya 498 (1.25 peratus) sekolah bantuan kerajaan dan tajaan; 1,266 (3.18 peratus) dari swasta dan 4,726 (11.9 peratus) calon persendirian.

Terdapat 187 calon berjaya memperolehi gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil berbanding 152 calon pada n 2010. Daripada jumlah itu 11 calon mendapat A+, 40 (A+, A) dalam semua mata pelajaran.

Beliau berkata pelajar yang lulus dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 16,848 (51.40 peratus) tahun lalu berbanding kepada 16,368 (49.88 peratus) pada 2010.

Terdapat 2,568 calon yang memperolehi gred C dalam semua subjek tahun lepas berbanding 2,468 pada 2010, katanya sambil menambah ini dapat menyumbang purata gred negeri kepada 5.51 berbanding 5.67 pada 2010.

Terdapat 13 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan ini dan mendahului senarai ialah Akmal Anuar Batcha dari SM Lok Yuk Likas yang mendapat 12A+, diikuti oleh rakan sekolahnya Melody Tsen Shu Ling (10A+, 1A), Joshua Wong Seng Shuan (10A+) dan Oh Hui Sen (9A+, 2A).

Pelajar lain yang cemerlang ialah Grace Chong Yun Oi dari SM Stella Maris Tanjung Aru (10A+, 1A), Nurul Farah Natasha Rosli dari SM Perempuan Likas (10A+, 1A) dan Alvin Tan Hao Yi dari SM Sung Siew Sandakan (9A+, 1A, 1A-).

Pelajar-pelajar dari SM All Saints Likas menguasai senarai pelajar cemerlang apabila Benedict Soo Man Jun, Bernard Toan Chun Yang, Chong Yee Shung, Chung Yean Yi, Kimberly Ho Kah Gim dan Visvanathan Somasundram, kesemuanya memperolehi 10A+.

Dalam peperiksaan SPM 2011 kata , Dr Muhiddin sejumlah 100 subjek diambil oleh calon di Sabah dengan 63 subjek memperolehi 100 peratus kadar kelulusan.

Terdapat peningkatan dalam 24 subjek berbanding tahun sebelumnya manakala 13 subjek merekodkan penurunan.

Keputusan ini juga mendedahkan pencapaian terbaik dalam mata pelajaran teras seperti Pengajaran Islam,pendidikan moral dan sejarah yang masing-masing meningkat 0.28, 0.3 dan 0.6 dalam purata gred manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, matematik dan Sains masing-masing jatuh kepada -0.09, -0.02, -0.08 dan -0.06 dalam purata gred.

Sebanyak 10 sekolah memperolehi pencapaian terbaik dalam purata gred ia terdiri dari SM Sains Lahad Datu, SM Sains Kota Kinabalu, SM St Michael Penampang, SM Lok Yuk Likas, SM All Saints Likas, SMK Agama Inanam, SMK Agama Kota Kinabalu, SM St Patrick Tawau, SM St Francis Covent Kota Kinabalu dan SM Teknik Sandakan.

Sejumlah 19 sekolah memperolehi kelulusan 100 peratus dan sekolah-sekolah itu ialah SM Sains Lahad Datu, SM Sains Sabah Kota Kinabalu, SMK Agama Inanam, SM Agama Kota Kinabalu, SMK Agama Tun Sakaran Semporna, SMK Agama Limauan Kimanis Papar, SMK Agama Sandakan, SM Ugama Islamiah Tawau, SMK Agama Mohd Ali Ranau dan SMK Agama Tun Mustapha Kota Kinabalu.

Sekolah-sekolah lain ialah SM St Mary Limbahau Papar, SM St John Tuaran, SMK Agama Tun Said Kota Belud, SMK Titingan Tawau, SM St Anthony Tenom, SM St John Beaufort, SM St Patrick Membakut, SMK Ulu Sapi Telupid and SMK Weston Beaufort.

“Saya inigin mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang cemerlang dan berharap mereka akan terus cemerlang dalam kehidupan mereka,” katanya.

No comments: