Waktu Solat

Thursday, June 19, 2008

Technorama-IT 2008 peringkat Kota Marudu



Progaram ini anjuran bersama Kementerian Pembangunan Sumber Manusia melalui agesinya iaitu Unit Kemajuan IT Negeri Sabah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Antara objektif utama Technorama-IT ini adalah untuk menggalakkan kerjasama antara pelajar-pelajar yang berlainan sekolah melalui IT, menggalakkan semangat belajar dan bekerjasama dalam satu kumpulan serta untuk mededahkan aktiviti pembelajaran yang berkait rapat dengan nilai kekeluargaan.

Pada tahun ini, SMK Tandek, Kota Marudu menjadi tuan rumah bagi peringkat daerah Kota Marudu dan sekolah yang terlibat adalah SMK Kota Marudu, SMK Kota Marudu 2 dan SMK Langkon serta tuan rumah SMK Tandek. Setiap sekolah menghantar seramai 10 orang pelajar dan dua orang guru pengiring. Program ini dijalankan pada 10 Julai 2008 bertempat di Makmal Komputer SMK Tandek.

Semua sekolah yang terlibat hendaklah menghantar butir-butir peserta (Nama sekolah, nama dan e-mail peserta, telefon, faks dan guru yang terlibat) satu minggu (3 Julai 2008) sebelum program dijalankan kepada Unit Kemajuan IT Negeri melalui email kit@sabah.gov.my atau faks 088248916.

No comments: