Waktu Solat

Monday, August 23, 2010

Elak perut terkejut

PASTI ramai antara kita yang culas menye diakan hidangan bersahur kerana tidak biasa menyediakan sajian awal pagi lalu memilih santapan ringkas seperti bijirin tiga dalam satu yang hanya memerlukan air panas untuk menikmatinya.


TINGGI SERAT...antara makanan yang perlu diambil ketika bersahur untuk elak cepat lapar.
sebelum - selepas



PENTING...jangan abaikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang Ramadan.
Namun, Pakar Pemakanan Kanan, Pusat Perubatan Sunway, Ho Wan Mi tidak menggalakkan umat Islam bersahur dengan cara itu memandangkan ia tidak mendatangkan kebaikan untuk tubuh kerana ia kekurangan khasiat sepatutnya.

“Bukan tidak boleh, tetapi lebih baik mengambil hidangan pejal daripada bijirin segera kerana ia kurang memberi zat dan nutrien yang diperlukan tubuh bagi menghadapi puasa.


“Bijirin segera itu sebenarnya kurang oat, tetapi mempu nyai lebih banyak gula, jadi sememangnya ia tidak sesuai dijadikan sebagai makanan untuk bersahur.


“Ini kerana tubuh memerlukan serat dan protein bagi mengelakkan mudah rasa lapar.


“Seelok-eloknya, bancuh sendiri oat dan hidangkan bersama buah-buahan seperti kurma, strawberi, barli dan aprikot. Itu jauh lebih baik dan lebih berkhasiat,” katanya.


Tambah Ho, tiada zat atau nutrien khusus yang perlu diambil untuk mengelakkan lapar, tetapi ia bergantung kepada diet keseluruhan yang diambil ketika bersahur.


“Untuk bersahur biasanya kami sarankan mengambil makanan yang mampu memberi tenaga tahan lama seperti makanan tinggi kandungan serat serta protein.


“Serat mengambil masa yang lama untuk dihadam. Oat misalnya, segera memberikan rasa penuh ketika mengambilnya, tapi jarang membuatkan kita berasa cepat lapar. “Namun pada masa sama, pentingkan juga diet pemakanan seimbang. Kalau boleh lebih baik dalam setiap hidangan itu mempunyai karbohidrat, protein, serat dan vitamin,” ujarnya.


Antara hidangan mudah yang disarankan Ho ialah campuran oat bersama susu rendah lemak dan kurma. Kurma juga boleh digantikan dengan buah-buahan lain mengikut selera masing-masing.


Bagi yang gemar mengambil hidangan nasi ketika bersahur, cuba gantikan nasi putih dengan nasi perang dan dimakan bersama hidangan sayur-sayuran serta protein seperti ikan.

sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elakperutterkejut/Article/index_html

No comments: