Waktu Solat

Sunday, December 12, 2010

Hari Keluarga PPD Kota Marudu Meriah

Hari Keluarga PPD Kota Marudu yang telah diadakan di Dewan Perdana dan tempat letak kereta SMK Kota Marudu 2, berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Aktiviti ini merupakan julung-julung kalinya diadakan yang diketuaikan oleh Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, En. Gulkan Bisari dan dibantu oleh staf yang lainnya. Semangat kekeluargaan dan kekitaan jelas terserlah dikalangan staf dan ahli-ahli keluarga yang lain.



Keseronokan anak-anak menyertai sukaneka, isteri-isteri dan semua staf menyerlahkan keriangan dan perhubungan yang erat dalam keluarga ini. Ini dapat dibuktikan dengan penyertaan dalam semua aktiviti yang dijalankan, tidak kira apa aktivi semua ingin menyertainya.

Melalui sorakan yang diberikan semasa satu-satu aktivit dijalankan jelas terpapar semangat kesukanan, yang penting penyertaan, kalah menang dikemudiankan...inilah keseronokan namanya.

Jumpa lagi dalah Hari Keluarga PPD Kota Marudu tahun 2011

No comments: