Waktu Solat

Saturday, January 29, 2011

Kenapa Komputer Semakin Perlahan

Masalah komputer menjadi semakin perlahan boleh disebabkan oleh perkakasan atau perisian yang digunakan. Di sini disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan sesebuah komputer tersebut menjadi perlahan operasinya iaitu:-

  • Berlaku pemanasan yang melampau terhadap CPU.
  • Keadaan memori RAM yang digunakan tidak baik. Ini mungkin disebabkan oleh kapasitinya yang tidak mencukupi, pemanasan, spesifikasi yang tidak tepat atau RAM itu rosak.
  • Komponen cakera keras atau hard disk bermasalah atau kapasitinya tidak mencukupi.
  • Masalah dalam konfigurasi BIOS.
  • Masalah larian proses-proses dan servis-servis yang tidak perlu dalam sistem pengoperasian Windows.
  • Masalah fragmentasi dalam cakera keras. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam Windows.
  • Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

Perkara-perkara di atas boleh dilakukan dengan melakukan diagnosis pada komponen-komponen perkakasan terlebih dahulu. Sekiranya tiada masalah pada perkakasan, lakukan dianosis pada BIOS, sistem pengoperasian dan aplikasi komputer dalam bahagian perisian.

sumber: Bernama

No comments: