Waktu Solat

Saturday, January 29, 2011

Panduan Membina Kata Laluan

Beberapa panduan boleh diikuti untuk membina kata laluan iaitu:-

* Tidak menggunakan maklumat peribadi seperti nama, nombor plat kereta dan lain-lain.
* Tidak menggunakan perkataan yang biasa digunakan dalam sesuatu bahasa seperti buku, sekolah dan lain-lain.
* Pastikan perkataan yang dibina untuk kata laluan menggabungkan pelbagai jenis aksara seperti huruf, simbol dan angka.
* Pastikan kata laluan yang dibina tidak digunakan oleh aplikasi atau sistem komputer yang lain.
* Pertukaran kata laluan yang digunakan bagi setiap 30 atau 60 hari sekali.
* Menggunakan kata laluan yang sukar untuk diteka oleh pihak lain.
* Panjang aksara yang digunakan untuk satu kata laluan adalah antara 12 hingga 15 aksara. Lebih panjang lebih baik kerana ia lebih sukar untuk dipecah masuk.
* Kata laluan yang dibina boleh menjadi satu singkatan bagi satu ayat yang panjang bagi memudahkan untuk mengingatinya

Sumber:Bernama

No comments: