Waktu Solat

Friday, March 4, 2011

Guru Besar DG44?



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mac 2011– Guru DG44 jadi guru besar.
 
Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 berdasarkan kepada waran perjawatan yang diluluskan dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41/DG44.
 

                   
Pengisian bagi jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan kepada calon-calon yang diluluskan melalui urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.
 
Gred jawatan bagi Guru Besar di Sekolah Kurang Murid (SKM) merupakan PPPLD Gred DGA32 yang berdasarkan kepada waran perjawatan. Sewajarnya pengisian bagi jawatan-jawatan tersebut adalah oleh PPPLD Gred DGA32.
 
PPPS Gred DG44 adalah tidak layak untuk memegang jawatan Guru Besar  Gred DGA32/DGA34 berdasarkan kepada perkara-perkara seperti berikut:
 
i)          PPPS DG44 berada dalam skim perkhidmatan dan jawatan yang berbeza iaitu bukan skim perkhidmatan yang dinyatakan bagi jawatan yang diluluskan melalui waran perjawatan; dan
 
ii)         Pada masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar PPPS Gred DG41/DG44 dalam waran perjawatan yang diluluskan.
 
Walau bagaimanapun, PPPS yang berada di sekolah rendah masih berpeluang untuk dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim PPPS dan diluluskan oleh LKPPP.

Sumber: www.moe.gov.my

No comments: