Waktu Solat

Tuesday, April 19, 2011

SK Simpangan, Kota Marudu

Pagi ini  saya bersama En. James Yunsai ke Sekolah Kebangsaan Simpangan, Kota Marudu untuk pemantauan pengurusan aset dan stok  serta pentadbiran sekolah.

Saturday, April 16, 2011

Isi e-filing Sebelum30 April


kepada rakan-rakan kakitangan awam, jangan lupa isi taksiran cukai 2011 k.

Sunday, April 10, 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
 
Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
 
  • Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan  Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian  Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah  Bahagian   masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya  pada Khamis, 26 Mei 2011.
Maklumat lanjut sila rujuk laman web di bawah :-


http://www.moe.gov.my

Thursday, April 7, 2011

Bengkel Penyediaan Dokumen KEW.PA dan KEW.PS

Unit  Perolehan dan Aset, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu akan mengadakan bengkel di atas dan semua sekolah rendah dan menengah di daerah Kota Marudu dikehendaki menghantar seorang pembantu tadbir (Pengurus Aset/Pegawai Stor) yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus aset dan stor di sekolah masing-masing.

Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 18 April 2011
Hari         : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Semua peserta perlu membawa satu set borang kosong KEW.PA dan KEW.PS (print out) yang boleh dimuat-turun pada bahagian muat-turun blog ini atau dapatkan daripada Pegawai Aset sekolah masing-masing.

Surat panggilan bengkel boleh dimuat-turun pada bahagian muat-turun blog ini.

Sekian harap maklum

Tuesday, April 5, 2011

Kursus e-Perolehan


Pada 4 Mac hingga 8 Mac 2011, saya mengikuti kursus e-Perolehan di Kampus INTAN Sabah.

Saturday, April 2, 2011

Lambakan babit guru belum terima penempatan

Lambakan 26,000 guru opsyen Sains dan Matematik di seluruh negara bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sebaliknya pendidik yang belum memperoleh penempatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, ramai graduan opsyen subjek itu di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta belum memperoleh penempatan berikutan lebihan penawaran guru di seluruh negara.

“Kita sukar menempatkan mereka kerana pengambilan guru mengikut unjuran diputuskan Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kita mengguna pakai unjuran itu untuk penempatan graduan mengikut keperluan semasa sesebuah sekolah,” katanya di sini, semalam.
Semalam, akhbar ini menyiarkan laporan mengenai 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara, sekali gus gagal menjayakan tugas dengan penuh semangat.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.