Waktu Solat

Sunday, January 8, 2012

Perbezaan Antara Kuantitatif dan Kualitatif

1.Bentuk
-kuanti :Data berbentuk angka yang boleh diukur
-kuali:Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau gambar atau video.

2.Instrumen Kajian
-kuanti : soal selidik atau ujian pencapaian
-kuali :penyelidik adalah instrumen utama dalam kutipan data dan terlibat sama.



3.Rekabentuk Kajian
-kuanti : rekabentuk ditetapkan sebelum data dikutip
-kuali:rekabentuk bersifat fleksibel/mengikut keadaan.

4. Peserta Kajian
-kuanti:penyelidik bukan peserta kajian. peserta kajian adalah sampel kajian yang dipilih menggunakan teknik persampelan.
-kuali:penyelidik adalah peserta kajian. maklumat diperolehi dari peserta kajian secara langsung

5. Metadologi Kajian
-kuanti:penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar.
-kuali:Saiz sampel kecil dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

1 comment:

Missoyaa said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu :)