Waktu Solat

Tuesday, April 10, 2012

PIBG SMK Langkon rayu pembinaan bangunan sekolah dipercepatkan


TERIMA KASIH...Solingkoi (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Sanaleh

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon Kota Marudu merayu kerajaan dan pihak berkaitan mempercepatkan pembinaan bangunan sekolah menengah berkenaan sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Yang Dipertuanya (YDP) Ronney Sigoh selepas mesyuarat agung persatuan itu baru-baru ini berkata, tuntutan berkenaan merupakan antara usul dikemukakan ibu bapa pelajar di sini semasa mesyuarat berkenaan.

Jelas beliau, gesaan itu dibuat ekoran janji mendirikan bangunan untuk SMK Langkon selewat-lewatnya bermula Mac tahun ini seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kunjungan ke daerah ini pada September 2010.

Ronney memberitahu pelajar sekolah menengah di sini yang menjangkau 1,000 orang dengan lebih 45 kakitangan terpaksa menumpang Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon secara bergilir menggunakan kelas sejak 2005.

Kelas digunakan oleh pelajar sekolah rendah pada sebelah pagi manakala pelajar sekolah menengah pula menggunakannya pada sebelah petang,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya dimak- lumkan peruntukan untuk mendirikan bangunan sekolah menengah berkenaan telahpun diluluskan termasuk penyediaan tapak.

Tapak untuk sekolah ini didiri- kan juga telah tersedia dan rasanya tidak ada alasan lain untuk menangguhkan pembinaan sepertimana pembangunan SMK Bandau yang turut dijanjikan semasa lawatan menteri (pelajaran) yang kini sudah 60 peratus siap,” tegas beliau.

Katanya keperluan untuk bangunan baharu sekolah menengah itu adalah mendesak demi menampung pertambahan jumlah pelajar dari setahun ke setahun selain daripada mempermudahkan pihak sekolah mengendalikan kelas terutamanya aliran Sains bagi mengelak penghijrahan pelajar ke sekolah lain.

Ronney yang dipilih ke jawatan itu pada mesyuarat agung berkenaan, turut menyampaikan harapan para ibu bapa, pelajar dan pihak sekolah supaya pihak berkaitan memberi perhatian sewajarnya berhubung per- kara dibangkitkan.

Ini adalah permintaan semua ibubapa pelajar terlibat dengan harapan melihat perkembangan positif dalam masa terdekat, tambahnya.

Selain itu pada mesyuarat agung sama, PIBG sekolah menengah berkenaan menggariskan beberapa perancangan demi manfaat pelajar dan warga sekolah.

Antaranya, mengalu-alu sumbangan individu mahupun syarikat membantu pihak sekolah membeli sebuah kenderaan sebagai kemudahan pelajar semasa mengadakan program lawatan sambil belajar, penyediaan pengawal lalulintas untuk memastikan keselamatan pelajar, menambah dan mengganti peralatan yang usang serta memperbanyakkan aktiviti ibubapa dan guru.

Mengulas mengenai pelantikannya ke jawatan YDP daripada Timbalan YDP PIBG SMK Langkon sebelum ini, Ronney menyifatkannya sebagai tanggungjawab dan amanah serta kepercayaan para ibubapa pelajar di sekolah itu.

Beliau seterusnya berharap kerjasama antara ibubapa dan pihak sekolah terus dipertingkat untuk memastikan pencapaian akademik dan ko- kurikulum pelajar di sekolah ini melonjak ke tahap membanggakan.

Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan oleh Ketua Unit Kajian Kemasyarakatan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu Sanaleh Daud mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Jainim Samaron yang juga Penaung PIBG SMK Langkon.

Turut hadir, Pengetua SMK Lang- kon yang juga Penasihat PIBG sekolah menengah itu Solingkoi Sidi, Timbalan YDP PIBG Mojingkui Sulukan dan semua ahlijawatankuasa.


By : OLEH RAPHIEL PINUS



New Sabah Times

No comments: