Waktu Solat

Monday, April 30, 2012

Warisan : Kota Klias kekal ke hari ini

Pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyaiketua digelar Sultan Awang Betatar Bonian Mas Kayangan yang memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran Sultan Mohamad Shah pada 1363 Masihi.

Pada tahun itu, Sultan Mohamad Shah melantik anak lelakinya bernama Sultan Awang Koyoh Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu.



Baginda berhijrah ke Brunei dan menjadi pemerintah Isl. pertama di situ pada 1370 Masihi.

Pemerintahannya berpusat di Singai Klias digelar Kota Klias ketika itu dan namanya kekal hingga hari ini.

Selepas baginda mangkat pada 1621 Masihi, pemerintahannya diwarisi oleh anaknya Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim.

Sumber: harian metro

No comments: