Waktu Solat

Friday, December 3, 2010

BEKALAN AIR MELALUI MESIN “VENDING”(PENAPIS) DI KOTA MARUDU DICEMARI NAJIS MANUSIA????

Benarkah air melalui mesin ini dicemari najis?

Inilah persoalannya yang timbul apabila dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Marudu semasa mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah pada 14 Oktober 2010 yang lalu. Dilaporkan mesin menjual air yang dicemari adalah mesin yang diletakkan di hadapan Restoran Aishah, Pekan Goshen.


Bagaimanakah najis ini boleh berada didalam mesin ini? Air paip yang kita guna berpunca daripada sungai simpangan. Jabatan kesihatan pun tidak dapat membuktikan kenapa mesin ini sahaja yang dicemari oleh najis. Tidak ada lojik punca najis itu.
Adakah benar mesin di restoran ini sahaja yang dicemari najis? Daripada tinjauan rambang jabatan kesihatan ini dari 7 mesin yang diuji airnya, hanya satu sahaja yang dicemari. Bagaimana boleh berlaku?

Kalau benar mesin di restoran ini dicemari najis kenapa ia tidak disita oleh jabatan kesihatan?

Tetapi apa yang penting kita kena berhati-hati dalam perkara ini. Untuk mengelakkan keraguan ini, dapatkanlah mesin penapis air di rumah.

No comments: