Waktu Solat

Friday, December 3, 2010

Kesultanan Sulu .....2

Sekadar renungan dan bacaan....


TIDAK siapa tahu siapakah Sultan Sulu yang sebenar, melainkan Tuhan yang selama ini menguji waris Sultan yang masih menerima RM5,300 sebulan daripada Kerajaan Malaysia?
Namun tidak siapa juga tahu bahawa wang cession berkenaan tidak dapat ditunaikan dan disimpan oleh Pemegang Amanah iaitu Peguam Ulka T.Ulama disebabkan tidak siapapun yang masih hidup diiktiraf sebagai Sulta Sulu yang sah.


 Persoalannya, jika benar Kesultanan Sulu masih wujud, kenapa semua yang mengaku Sultan Sulu yang datang ke Sabah menggunakan PASPORT FILIPINA dan bukannya PASPORT SULU!
Lebih memeranjatkan seorang warga Malaysia di Lahad Datu, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin mengaku Sultan Sulu dan North Borneo seedangkan beliau memegang Mykad Malaysia?
'Sultan' inilah yang membakar enam bendera Sabah di Lahad Datu sebagai tanda protes dan 11 pengikutnya mengaku beliau adalah Sultan yang sah namun aneh kerana hanya mendapat 690 undi pada pilihanraya umum 2004 di Dewan Undangan Negeri Lahad Datu yang mempunyai 21,000 pengundi!

No comments: