Waktu Solat

Wednesday, December 8, 2010

GARIS PANDUAN PENERIMA APC

Garis panduan penerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ini adalah berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam.


Kriteria Umum Pemilihan APC;

  1. Anggota Perkhidmatan Awam dalam semua kumpulan, gred, dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik berkenaan, untuk berkhidmat dengan agensi awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak. Ini termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syarat-syarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
  2. telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.
  3. anggota berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa, dan
  4. memperolehi markah sekurang-kurangnya 85% ke atas.
Kriteria tambahan yang boleh dipertimbangkan;
  1. bebas tindakan tatatertib/Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia/mahkamah pada tahun yang dipertimbangkan,
  2. mempunyai rekod kehadiran bertugas yang bersih.
  3. tidak pernah menerima APC tiga (3) tahun ke belakang, dan
  4. bagi pemilihan peringkat sekolah selain kriteria-kriteria umum dan kriteria-kriteria tambahanm antara kriteria-kriteria khusus yang boleh diambilkira adalah seperti berikut;
    • pencapaian dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
    • pencapaian aktiviti ko-kurikulum, dan
    • bebas teguran audit

No comments: