Waktu Solat

Monday, December 6, 2010

Kenaikan Harga, Implikasinya pada orang kampung

Pada bulan November yang lalu, PM umumkan harga minyak tidak akan dinaikkan dalam tahun ini. Tetapi pada 1 Disember 2010, minyak RON97 telah pun dinaikkan sebanyak 20 sen dan pada 4 Disember 2010 4 jenis barang lagi dinaikkan harga termasuk RON95 dan Diesel. Apa janji atau pengumuman yang dibuat oleh PM dalam beberapa hari itu sekadar untuk mengisi ucapan. Ini penipu maknanya dan cakap tidak serupa bikin.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengatakan kenaikan ini tidak menyebabkan harga brang keperluan lain naik. Idris Jala kata pengurangan subsidi ini tidak menjejaskan rakyat. Ingat beli minyak, gas, gula tu guna kertas surat khabar lama kah? Bodoh punya menteri tidak fikir. Menteri rasa senang dan boleh kata demikian, tapi rakyat? Menteri tidak pernah pergi kedai beli barang, jalan kaki untuk jual barang bagi mendapatkan duit belanja anak-anak, tidak pernah isi minyak keluar duit sendiri, pergi pasar beli ikan sendiri. Cuba fikirlah wahai menteri yang hanya tau cakap tapi tidak tahu masalah yang dihadapi rakyat. Kata Wakil Rakyat tapi bebankan rakyat. Rakyat yang berstatus orang kampong bekerja sendiri yang terkial-kial bekerja menanam dan masuk hutan mencari hasil yang boleh dijual untuk mencari sesuap nasi.

Siapa kata kenaikan harga minyak tidak menjejsakan rakyat? Tambang pengangkutan, terutamanya dari pekan atau bandar ke kampung-kampung mempunyai perkaitan secara langsung. Penduduk kampung yang nun di pedalaman bukan semua mempunyai kereta sendiri. Mereka bergantung kepada individu tertentu untuk ditumpangi untuk berulang alik dari kampng ke pekan bagi membeli barang keperluan dan mengangkut barang-barang untuk dijual. Kalau jarak kampung itu sudah mencecah 200 kilometer dan tambang kereta adalah RM 40.00 sehala dan pergi-balik RM80.00, seperti kampung Lubang Buaya, Paitan ke Pekan Kota Marudu. Tambang dari Sonsogon Magandai ke pekan Kota Marudu RM60.00 pergi-balik menggunakan kereta pacuan empat roda dan kalau cuaca tidak baik mereka kena berjalan selama sehari suntuk untuk sampai ke pekan menjual dan membeli barang. Dengan jarak dan kepayahan ini pemilik kereta tersebut tentunya menaikkan tambang bagi menampung kos kenaikan harga minyak petrol atau diesel yang digunakan. Kenaikan tambang di kampung-kampung ini dapat dikawal oleh menteri dan persatuan yang mengatakan  tidak akan  menaikkan tambang pengangkutan awam??? Fikirkanlah para bapak montiri dan orang di atas sana…

Menteri dan orang-orang di atas sana sedar dan ingatlah, jangan bercakap atau membuat keputusan dengan hanya melihat disekeliling bandar sahaja tapi ingatlah orang kampung di pedalaman. Ini satu lagi tabiat menteri yang buruk dan penipu serta talam dua muka, masa pilihanraya baru berabis masuk kampung, sanggup jalan kaki kunun demi untuk rakyat. Tapi bila sudah menang, mau jalan kaki jumpa rakyat pun tidak pernah lagi. Pelbagai alasan diberikan, sibuklah, urusan itulah inilah……

Wahai Najib dan kabinet Malaysia, insaf dan ingatlah siapa yang anda wakili. Tukarkanlah slogan 1Malaysia RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, indah khabar dari rupa. Seperti kata rakan dalam facebook, Rakyat Dahulu Dikenakan, Pencapaian Untuk Kembung Poket Diutamakan….

Idris Jala perkenalkan NKRA, tapi apa sudah jadi dengan pencapaian dan taraf hidup rakyat Malaysia sekarang. Apakah benar kata kebanyakan orang Najib Kerja Rosmah Arah….
Sabah paling ramai keanggotaan UMNO
Sabah paling banyak kerusi DUN
Sabah paling banyak kerusi Parlimen
Sabah paling banyak pendatang asing
Sabah paling banyak kad pengenalan palsu
Sabah paling ramai penganggur.
Sabah paling miskin.
Sabah paling ramai pelajar menjadi pelacur.
Semua ini kerana kekangan untuk HIDUP

No comments: