Waktu Solat

Sunday, December 5, 2010

Longgokan Sampah Di Belakang Astaka Pekan Kota Marudu

Sewaktu Pesta Jagung 5 Disember 2010, saya "berkunjung" di seberang jalan astaka utama iaitu jalan ke balai polis Kota Marudu. Kunjungan saya itu untuk mengurangkan "air" anak saya memandangkan kemudahan tidak ada dekat situ. 

Anehnya, kawasan tepi jalan @ semak ini jadi tempat pembuangan sampah pulak. Botol plastik, bakul plastik dan sampah-sampah yang lain pun ada. Kalau sekadar lalu di jalan ini memang tidak nampak sebab kedudukannya yang dalam dan semak. Siapakan yang membuang sampah ini di sini? Bukankah ada pekerja Majlis Daerah yang mengutip sampah setiap kali ada acara di padang. Atau untuk mencari jalan mudah, inilah tempatnya.

Adalah diharapkah pihak bertanggungjawab dapat membersihkan sampah-sampah di kawasan ini.


No comments: