Waktu Solat

Sunday, January 2, 2011

Yang Dipertuan Negeri Sabah Ke 10

Tahniah atas perlantikan Datuk Juhar Mahirudin sebagai Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah Ke 10 menggantikan Tun Ahmad Shah.

Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang Dipertua Negeri yang dilantik akan berkhidmat selama empat tahun bagi satu penggal.



Juhar dilahirkan pada 5 Nov, 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan dan berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England.

Beliau memulakan kariernya dalam perkhidmatan awam sebagai majistret kelas pertama pada 1982, sebelum menjadi seorang setiausaha politik di Jabatan Ketua Menteri empat tahun kemudian.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat semasa menjadi anggota Parlimen kawasan Kinabatangan antara 1990-1999, sebelum memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri pada 2002.

Juhar telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Panglima Norlidah RM Jasni dan dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

1 comment:

Gary said...

Berikut merupakan senarai TYT Sabah:


Tun Datu Mustapha Datu Harun 1963 - 1965
Tun Pengiran Ahmad Raffae 1965 - 1973
Tun Mohd Fuad Stephen 1973 - 1975
Tun Mohd Hamdan Abdullah 1975 - 1978
Tun Ahmad Koroh 1978 - 1979
Tun Mohd Adnan Robert 1979 - 1987
Tun Mohd Said bin Keruak 1987 - 1994
Tun Sakaran Dandai 1995 - 2002
Tun Haji Ahmadshah Abdullah 2003 - 2010
Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin 2011 -

Tahniah !