Waktu Solat

Sunday, March 27, 2011

GURU RAYU KEMBALIKAN ELAUN PERTUKARAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Semporna, Sabah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mac 2011 – Guru rayu kembalikan elaun pertukaran.

Elaun tuntutan perpindahan dan pertukaran merupakan satu kemudahan yang telah diberikan kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Berdasarkan kepada aduan ini didapati bahawa, pengadu bercadang untuk memohon pertukaran dari Sabah ke Semenanjung bagi mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pengadu dimaklumkan tiada peruntukan disediakan bagi elaun pertukaran sesi Jun 2011.


Secara dasarnya, seseorang pegawai awam yang memohon pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri boleh merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994, Tatacara Menimbangkan Permohonan Bayaran Perpindahan dan Pertukaran Bagi Kes-Kes Pertukaran Atas Permohonan Sendiri. Bagi kes pegawai yang memohon pertukaran atas sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (anak dan isteri/suami) bagi membolehkan mereka mendapat rawatan dan jagaan rapi di stesen berkenaan adalah layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat elaun pertukaran. Permohonan seperti ini hendaklah disokong dengan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan.

Selain itu, surat Arahan Pegawai Pengawal, KPM bertarikh 6 Januari 2011 telah menetapkan bahawa, “pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan serta memenuhi syarat-syarat berikut:- (a) pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di stesen terakhir sebelum bertukar; atau (b) pemohon telah berkhidmat selama tiga (3) tahun di kawasan pedalaman dan menerima sama ada Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK).


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments: