Waktu Solat

Sunday, March 27, 2011

JAMINAN KPM AMBIL ANAK TEMPATAN JADI GURU DISAMBUT BAIK

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar The New Sabah Times bertarikh 23 Februari 2011 – Jaminan KPM ambil anak tempatan jadi guru disambut baik.

KPM sedia melatih calon guru apabila ada keperluan dan perjawatan. Setiap calon yang memohon program KPLI perlu mengikuti prosedur pemilihan yang ditetapkan iaitu:
1. Ujian Kelayakan atau Malaysian Teachers Selection test (MTeST)
2.ProsesTemuduga
3.Proses Pemilihan oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan      


Walaupun GSTT mempunyai pengalaman mengajar tetapi mereka juga perlu melalui saringan atau tapisan sebelum dipilih mengikuti kursus perguruan yang ditawarkan. KPM amat menitikberatkan pemilihan calon guru berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan bagi melahirkan bakal pendidik yang berkualiti.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

sumber: moe.gov.my

No comments: