Waktu Solat

Thursday, March 24, 2011

Lawatan Kerja Pengarah Pelajaran Sabah Ke SMK Kota Marudu






Pada 24 Mac 2011, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yussin, telah melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu.Turut hadir bersama Datuk Pengarah ialah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Puan Hajah Maimunah Hj. Suhaibul; Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Aslie Sahat; Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, En. Md. Nor Bin Md. Sharif; Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, En. Mohd Makhtar Hj. Nor; KPP Sektor Pengurusan Akademik, En. Awang Jaya Awang Damit.


Datuk Pengarah dan rombongan sempat singgah sebentar di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dan disambut oleh Pegawai Pelajaran Daerah, En. Jainim Samaron dan Pengetua SMK Kota Marudu, Puan Tan Poh Choo serta semua kakitangan pejabat. Datuk Pengarah dan rombongan berkesempatan untuk bersama-sama makan tengah hari yang disediakan sebelum bergerak ke SMK Kota Marudu pada pukul 3.00 petang.

Di SMK Kota Marudu Datuk Pengarah dan rombongan disambut oleh semua pengetua sekolah menengah Kota Marudu dan Pengerusi MGB daerah En. Abdul Rahman Hj. Odis serta guru-guru dan kakitangan sekolah. Paluan muzik bambu mengiringi ketibaan Datuk Pengarah dan rombongan.

Tujuan utama lawatan kerja Datuk Pengarah ke SMK Kota Marudu adalah semata-mata untuk mengucapkan penghargaan dan tahniah serta terima kasih kepada Pengetua, guru-guru dan khususnya kepada  Syivero Patrick, satu-satunya penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 peringkat kebangsaandari Sabah iaitu SMK Kota Marudu. Datuk Pengarah telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang tunai kepada Syivero Patrick sempena lawatan tersebut serta kepada enam orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di sekolah tersebut.

Lawatan Datuk Pengarah berakhir pada pukul 4.30 petang dengan diakhiri jamuan ringan bersama dengan warga sekolah.

No comments: