Waktu Solat

Sunday, January 29, 2012

Pengurusan Kualiti Menyeluruh


Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang diasaskan oleh Dr. W. Edward Deming.
Konsep TQM
Terdapat 3 elemen utama dalam TQM iaitu:
1. Falsafah - TQM bertujuan menyediakan perkhidmatan yang sentiasa bertambaik kualitinya kepada pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
2. Matlamat - Setiap perkhidmatan diberikan kepada pelajar dan prosesnya hendaklah berkualiti.
3. Proses - Maklumbalas daripada semua ahli staf diminta dan digunakan untuk membantu dalam proses penambahbaikan kualiti yang berterusan. Ini adalah satu proses yang mengupaya dan melatih ahli staf dalam satu struktur bersistem untuk menggunakan bakat dan kemahiran mereka dalam setiap langkah perkembangan perkhidmatan.

Berikut adalah 8 ciri utama TQM:




  1. Visi terhadap penambaikan kualiti yang berterusan.
  2. Matlamat kepada kualiti.
  3. Konsep kualiti tambah nilai (value-added) pada setiap ketika dan tiada penghujungnya
  4. Hasil berkualiti dalam perkhidmatan dan produk.
  5. Pengupayaan (empowerment) kepada ahli staf.
  6. Perancangan yang berterusan.
  7. Pengumpulan data dan maklumbalas.
  8. Kepuasan pelanggan.

Berikut adalah langkah dan keperluan yang perlu digabungkan dan dihubungkaitkan apabila membentuk model TQM

1. Pendedahan dan pemahaman tentang TQM
2. Melaksanakan penilaian keperluan (needs assessment) yang komprehensif.

    • keperluan mega (sekolah, masyarakat dan negara)
    • keperluan makro (semua sekolah dalam daerah atau negeri)
    • keperluan mikro (satu sekolah atau unit-unit dalam sekolah) 

3. Membina matlamat strategik (strategic goals)
4. Membina spesifikasi kualiti (quality specifications)
5. Membuat perancangan taktik (tactical planning)

Kaizen
Masyarakat Jepun membuat tanggapan terhadap segala penambaikan dalam sesuatu organisasi atau satu proses yang berterusan.
Owens (1995) Kaizen ialah proses pemulihan yang tiada hentinya, dan penambahbaikan yang berlaku secara kecil-kecilan adalah lebih baik.
Prinsip-prinsip kaizen boleh dilihat seperti berikut:

  • Berfokus kepada pelanggan.
  • Penambahbaikan yang berterusan.
  • Mengakui masalah secara terbuka.
  • Mengalakkan sikap keterbukaan.
  • Bekerja dalam satu pasukan (team work)
  • Projek diurus melalui pasukan secara cross-functional.
  • Menggalakkan proses perhubungan yang betul.
  • Membina disiplin diri.
  • Makluman kepada semua pekerja.
  • Membuatkan semua pekerja berkebolehan


Penggunaan Alat Kualiti (Quality Tools)
Alat kualiti (qualiti tools) ini sebenarnya adalah merujuk kepadahardware, software, proses, model dan teknik yang mengukur dan memantau sistem penambahbaikan, bagi membantu pendidik mengurangkan variance (penyimpangan dalam proses).

Langkah-Langkah Memperolehi Pengiktirafan ISO 9000

  1. Mengenalpasti bidang pendaftaran. Bagi sekolah yang melaksanakan kurikulum yang dibentuk oleh pusat, pendaftarannya ialah ISO 9002.
  2. Sekolah mengenalpasti matlamat dan objektif instituti. Kesemuanya hendaklah di diwujudkan dalam bentuk dokumen sebagai rujukan yang konsisten.
  3. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan. Sekolah perlu memiliki senarai semak mengenai keupayaan sekolah, sumber berbentuk kewangan, personel, alatan dan lain-lain untuk mengenalpasti kelemahan dan ada pelan bertindak untuk mengatasi kelemahan tersebut.
  4. Penglibatan di semua peringkat. Semua pihak mestilah faham, menghayati dan menerima konsep kepiawaian kualiti. Ini memerlukan anjakan paradigma semua pihak mengenai tatacara kerja dan tindakan mereka.
  5. Ilmu, Kemahiran dan Pengalaman. Semua staf mesti mahir dalam tugasan mereka. Mereka perlu mempunyai ilmu untuk menguruskan tugas supaya penjajaran kualiti mudah dilaksanakan.
  6. Mengstruktur Organisasi. Bidangkuasa dan tanggungjawab/kuasa staf dalam organisasi hendaklah jelas.
  7. Dokumentasi. Dokumen seperti manual, prosedur dan arahan kerja perlu didokumentasikan bagi kegunaan semua pihak dan disimpan di lokasi khas.
  8. Melantik Juru Runding. Sekiranya 7 perkara di atas telah dipenuhi barulah Juru Runding dilantik untuk mengaudit/menyemak bagi memastikan layak atau tidak layak untuk memperolehi sijil.


Pelaksanaan ISO di Sekolah
Untuk melaksanakan ISO 9000 di sekolah langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan:

  • Mewujudkan Majlis Kualiti. 
  • Penerangan dan latihan sejelas-jelasnya kepada semua ahli staf.
  • Melaksanakan proses seperti mengikut langkah-langkah menju ISO 9000 dan elemen-elemen ISO 9000 yang telah disebutkan di atas. 
Komunikasi Kualiti

  1. Memahami pelajar
  2. Membina hubungan kepercayaan 
  3. Respon kepada isu-isu berkaitan pelajar dan staf
  4. Bersedia untuk mengambil risiko
  5. Peka kepada kepentingan sekolah, komuniti, ibu bapa dan staf


No comments: