Waktu Solat

Thursday, July 5, 2012

Dinamika Pendidikan : Pasukan



Gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan beberapa kelompok individu yang menjadikan pencapaian matlamat pasukan sebagai satu keutamaan terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat yang khusus untuk dicapai semua ahli yang terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara kolaboratif mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen               terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas yang mencabar.

Kepentingan Pasukan.
a.    Pasukan berkesan
        i.      melahirkan organisasi berkualiti
        ii.     pemangkin melaksanakan perubahan dalam organisasi
        iii.    dapat meningkatkan integriti dan potensi peribadi.
b.    Pasukan berupaya menjadikan keadaan berbeza dan berubah. Gabungan antara  kemahiran
        teknikal dan kepemimpinan boleh membawa kejayaan kepada pasukan.
        Contoh: pemain terbaik tidak semestinya boleh menjadi kapten yang terbaik.
c.     Faktor menyebabkan pasukan yang tidak berkesan.
                                - hireraki
                                - autonomi professional
                                - sikap individualisme
Kepentingan pasukan dalam organisasi pendidikan
1.       Peningkatan produktiviti
2.       Peningkatan kualiti
3.       Peningkatan kepuasan/keseronokan
4.       Kemajuan komunikasi
5.       Kemahiran kerja berkembang
6.       Perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi

Kepentingan pasukan dalam organisasi

1.       Peningkatan produktiviti
Peningkatan produktivi semakin bertambah jika kerja dilakukan secara berpasukan berbanding kerja secara individu.
Pengurangan pekerja meningkatkan sinergi. Bilangan ahli kurang tetapi produktivi meningkat.
Cth : menganjurkan sukan tahunan peringkat sekolah

2.       Peningkatan kualiti
Kerja berpasukan dapat menanamkan semangat dan sikap gigih serta tekun bekerja untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
Kepentingan pasukan dalam pengurusan pendidikan banyak menyumbangkan peningkatan dari aspek kualiti sama ada kualiti kerja, kualiti hasil dan kualiti keperibadian.
Cth: membuat kajian tindakan di sekolah

3.       Keseronokan/kepuasan
Memberi kesan positif kepada produktiviti , perlakuan kooperatif ,kepuasan hidup dan kesihatan kerja.
Cth: melaksanakan tugas sebagai guru pengiring

4.       Kemajuan komunikasi
Berinteraksi antara satu sam lain
Sedar dan menerima  kewujudan individu lain
Setiap individu menganggap dirinya anggota pasukan
Interaksi dalam pasukan mewujudkan suasana kerja yang lebih baik
Cth : menjalankan jamuan akhir tahun

5.       Kemahiran kerja berkembang
Pasukan menekankan proses dan bukannya fungsi.
Ia mendorong latihan dalan pelbagai fungsi organisasi supaya ahli-ahlinya berupaya menjalankan tugas ahli lain dan ini akan mengembangkan kemahiran mereka.

6.       Perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi
Individu perlu mempunyai perasaan bangga, bersemangat dan wujud ikatan persaudaraan yang amat erat dalam pasukan.




Ciri-ciri Pasukan Yang Berkesan
Ciri-ciri Pasukan
Huraian
Contoh
1. Perkongsian Tujuan dan Matlamat
Matlamat dikongsi bersama oleh semua ahli pasukan dan bersama –sama berjuang dengan rela dan senang hati (kolektif)  ke arah matlamat tersebut.  Ahli-ahli dengan bangga berkongsi kesedaran sebab-sebab kewujudan pasukan dan bertanggungjawab dalam mencapai misi dan matlamatnya.
“Projek Cemerlang”  yang dilaksanakan oleh setiap panitia untuk meningkatkan prestasi sekolah.
2.  Kepimpinan
Walaupun pasukan mempunyai ketua yang formal, fungsi kepimpinan beralih daripada seorang ahli kepada seorang ahli yang lain dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada keperluan pasukan, keadaan dan kemahiran ahli.
Ketua dalam pasukan bola sepak  diharapkan dapat mengawal keadaan pemain-pemainnya semasa dalam pelawanan atau luar padang
3. Jelaskan kemahiran dan tanggungjawab ahli

Pasukan memerlukan ahli-ahli yang memikul tanggungjawab berdasarkan kemahiran mereka. Justeru bagi ahli-ahli baru bimbingan, kursus perlu diberikan bagi membina kemahiran dan pengalaman mereka.

“Projek Keceriaan Sekolah.” Panitia PSV bertanggungjawab melukis mural di sekitar sekolah.
4. Menyediakan peraturan sebagai panduan.

Pasukan memerlukan peraturan bagi menentukan kekerapan pertemuan, persediaan bermesyuarat, peraturan dalam mengendalikan permasalahan serta membuat keputusan secara kolektif.

AJK pengelola pertandingan drama antara kelas,  mengadakan pertemuan dan mesyuarat untuk menyediakan syarat-syarat pertandingan.
5. Komunikasi terbuka

Ahli pasukan perlu merasa bebas untuk meluahkan perasaan tentang tugas dan operasi pasukan.  Perbezaan pendapat dan kitikan digalakkan bebas dikeluarkan.

‘Post mortem’ selepas akitiviti pasca PMR yang dijalankan secara harmoni.
6.Kepimpinan yang dikongsi.
Walaupun pasukan mempunyai ketua yang formal, fungsi kepimpinan beralih daripada seorang ahli kepada seorang ahli yang lain dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada keperluan pasukan, keadaan dan kemahiran ahli.

Pengarah projek Program kepemimpinan dan Jatidiri  melantik ketua dalam setiap bahagian dan membuat laporan perkembangan semasa kepada pengarah projek.

7.Hapuskan virus konflik
Ahli pasukan kerja haruslah sedar untuk mencapai matlamat, komitmen ahli-ahli memainkan peranan penting. Segala persaingan di kalangan ahli perlulah dilupakan atau pun cuba fokus kepada matlamat organisasi diutamakan kearah pencapaiannya. Konflik hendaklah dilihat sebagai hasil sampingan kerana wujudnya pelbagai idea. Elakkan melihat konflik melalui kanta emosi.
Bersama-sama menyelesaikan masalah  yang timbul dalam program kecemerlangan pelajar
8. Percaya antara satu sama yang lain

Sekiranya tiada kepercayaan amat sukar untuk bekerjasama. Oleh itu ahli-ahli pasukan kerja hendaklah menunjukkan sikap bertanggungjawab melakukan tugas dengan mahir, jangan hampakan rakan-rakan ahli terhadap komitmen kita

Dalam program kepemimpinan dan jatidiri, semua ketua dan ahli dalam kumpulan yang telah dibahagikan diberi kepercayaan dan kebebasan untuk mengatur bahagian  masing-masing.
9. Kerap menilai pasukan kerja

Setiap ahli perlu merenung tentang pencapaian pasukan sebagai sebuah pasukan. Matlamat dan perlembagaan atau peraturan pasukan perlu dikaji semula samada bersesuaian dengan keadaan semasa. Jika perlu lakukan pengemaskinian perkembangan atau peraturan berdasarkan realiti proses pasukan.

Pencerapan dalam P&P oleh rakan sekerja/ pengurusan
10. Membentuk jaringan

Pasukan perlulah menjalinkan hubungan dengan organisasi atau agensi luar bagi meluaskan pengetahuan serta idea. Penanda aras boleh dilakukan, dengan itu pencapaian pasukan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Menghubungi organisasi lain contohnya pihak BTN dalam mengadakan projek kecemerlangan pelajar.
11. Beri ganjaran satu sama lain.

Motivasi utama pekerja ialah perasaan naluri mereka telah menyumbangkan hasil kerja yang baik. Perlaksanaan idea diterima dan produktiviti dapat ditingkatkan. Satu cara pengiktirafan ialah melalui anugerah kualiti dan hasil kejayaan pasukan dihebahkan. Ucapkanlah ‘terima  kasih’ kepada semua ahli tanda penghargaan.

Hari Inovasi


Ciri-Ciri Pasukan Berprestasi Tinggi

CIRI-CIRI
HURAIAN
CONTOH
01
Penghubung kepada ahli pasukan
Pasukan berfungsi sebagai satu platform yang menghubungkan ahli melalui pelaksanaan tugas secara kolaboratif
Melaksanakan aktiviti bersama-sama
02
Menetapkan output dan outcome yang tinggi untuk mencapainya
Penetapan yang tinggi perlu ada dalam sesuatu perancangan aktiviti dalam menghasilkan output dan outcome
Pelajar lepasan SPM bukan sahaj terbaik dalam akademik tetapi juga sahsiah
03
Kepuasan dan keseronokan bekerja
Motivasi bekerja yang sangat tinggi iaitu menganggap pekerjaan sebagai hobi dan ibadah
Ahli panitia Bahasa Inggeris bersetuju melaksanakan Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
04
Kerjasama yang kukuh antara anggota pasukan
Kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anggota pasukan
Semua jawatankuasa sukan sekolah melaksanakan tugas dengan bersungguh-sunggh
05
Pengurus dihormati oleh ahli anggota pasukan
Kepimpinan dikongsi bersama
Pengetua dihormati sebagai ketua jabatan
06
Komposisi yang stabil di antara tugas
Setiap anggota menerima beban tugas yang adil dan saksama tanpa prejudis berdasarkan latar belakang ahli.
Pembahagian tugas oleh pihak pentadbir adalah berdasarkan minat, kemahiran dan kelayakan
07
Kuasa autonomi yang tinggi
Pihak pengurusan memberikan kepercayaan yang penuh kepada ahli untuk melaksanakan tugas
Pengetua memberi kepercayaan penuh kepada ketua panitia Bahasa Inggeris untuk membuat perancangan strategik bagi meningkatkan prestasi subjek
08
Segera belajar dari  kesilapan
Menyedari kesilapan yang dilakukannya dan mengambil iktibar dan seterusnya memperbaiki diri
Pelaksanaan program Seminar Teknik Menjawab kurang berjaya kerana salah pemilihan tarikh dan pihak pelaksana akan menetapkan tarikh yang bersesuaian
09
Berorentasikan pelanggan
Segala aktiviti dalam menyediakan perkhidmatan perlulah berfokus kepada keperluan pelajar semata-mata
PCG dibelanjakan semata-mata untuk keperluan pelajar
10
Kemahiran menyelesaikan masalah yang tinggi dan sentiasa menilai setiap aktiviti yang dijalankan
Penilaian keberkesanan dan kelemahan setiap aktiviti yang dijalankan dan membuat penambahbaikan sekiranya terdapat kelemahan
Pihak sekolah mengamalkan konsep PDCA (plan, do, check, action) serta alat-alat kualiti yang lain
11
Bermotivasi tinggi
Sentiasa bersemangat dalam menjalankan sebarang tugas walaupun dalam keadaan yang tertekan
Seorang guru yang mempunyai tugasan yang banyak tetap melaksanakannya dengan hati yang terbuka
12
Had waktu
Setiap aktiviti yang dilaksanakan mesti mempunyai had masa untuk diselesaikan
Penyediaan perancanagan startegik oleh Panitia sebelum tahun semasa berakhir
13
Kejayaan diraikan bersama
Setiap ahli pasukan perlu menghargai bahawa kejayaan adalah kejayaan bersama dan bukan kejayaan sesetengah individu sahaja dan kegagalan adalah ditanggung bersama
Perancangan strategik untuk lulus 100% dipersetujui oleh semua ahli dan apabila berjaya,ia perlu dikongsi bersama.


No comments: