Waktu Solat

Thursday, July 5, 2012

Kaedah Analisis Data Kualitatif



Bagi penganalisisan kualitatif, data diperiksa untuk menentukan sama adaianya sesuai untuk kategori yang dikehendaki. Melalui proses ini, data akan ditapisdan kemudiannya pembuangan bagi data-data yang tidak berkaitan dilakukan untuk memudahkan analisis kajian. Di dalam kajian ini, soalan temubual yang dijalankanadalah dalam bentuk soalan semi-struktur. Penggunaan pita rakaman audio dancatatan nota tangan digunakan untuk merekod maklum balas daripada responden.Semasa sesi temubual dijalankan, adalah penting bagi pengkaji untuk mendengar dengan jelas segala butiran yang disampaikan oleh responden dan menulis kembalisetiap pita rakaman sebaik sahaja temubual selesai dijalankan. Ini bertujuanmembolehkan pengkaji mengingati segala maklumat yang di berikan kerana ianyamasih segar dalam ingatan pengkaji.Data yang dikumpulkan daripada sesi temubual yang telah dijalankan ke atas pengurus besar, pengurus, eksekutif dan kerani ini perlu diterjemahkan, diinterpretasi dan dianalisis. Kajian ini menggunakan soalan temubual, dokumen dan pemerhatian serta soal selidik sebagai alat pengumpulan data kajian. Semua maklumat yang diperolehi akan ditrigulasikan dengan nota yang diambil semasatemubual, pemerhatian dan pencarian dokumen.


Petikan (Quotation) daripada sesi temubual juga dipilih sebagai rujukandalam penulisan bab yang seterusnya berdasarkan kepada isu dan masalah yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (Kvale, 1988). Petikan ini dapatmenerangkan kesan semula jadi dan menyokong isu yang berkaitan dengane-Perolehan syarikat kajian kes. Petikan ini juga digunakan bagi tujuan kesahihandengan merujuk kepada temubual yang telah dijalankan ke atas responden yang berbeza-beza.Di dalam kajian ini, terdapat juga data yang tidak berstruktur untuk dianalisis.Miles dan Huberman (1994) memberi perbincangan yang lebih mendalam serta beberapa panduan dalam mengendalikan data yang tidak berstruktur ini. Data-dataini terdiri daripada dokumen yang telah diterbitkan dan tidak diterbitkan sepertilaporan tahunan syarikat, laporan unit perolehan, catatan nota pengkaji, catatandaripada rakaman pita audio dan sebagainya. Secara umumnya penyelidikankualitatif berhadapan dengan tugas untuk menentukan atau memutuskan apa yang perlu dilakukan terhadap data yang diperolehi (Wan Khairuzzaman, 2003). Perkaraini berlaku kerana tiada panduan khusus yang boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji dalam menganalisis data yang tidak berstruktur ini (Boulton danHammersley, 1996). Oleh yang demikian pengkaji menggunakan panduan yangdikemukakan oleh Miles dan Huberman (1994) dalam menjalankan analisis ke atasdata kualitatif yang telah diperolehi.Menurut Miles dan Huberman (1994), terdapat tiga aliran aktiviti dalammenjalankan analisis kualitatif. Tiga aktiviti ini ialah pengurangan data (datareduction), mempamerkan data (data display) dan kesimpulan dan pembuktian(conclusion drawing and verification). 

Pengurangan data merujuk kepada proses pemilihan, fokus, perincian, dan menukarkan data daripada catatan nota atautranskrip yang diperolehi semasa pengumpulan data dijalankan. Pengurangan dataini berlaku sepanjang penyelidikan dijalankan di mana pengkaji akan memilih dan menentukan rangka kerja yang harus diikuti, persoalan kajian yang perludikemukakan dan pendekatan pengumpulan maklumat yang harus dipilih. Selepas pengumpulan data dilakukan, pengurangan data juga berlaku dalam membentuk kesimpulan, penkodan, penyingkiran, pembentukan kelompok atau dalam bentuk  penulisan memo. Aktiviti pengurangan data ini juga diteruskan selepas kerjalapangan dijalankan sehingga laporan akhir disempurnakan.Langkah yang kedua dalam aktiviti penganalisisan data ialah mempamerkandata tersebut. Pameran data melibatkan aktiviti seperti mengendalikan, memadatkanmaklumat bagi memudahkan kesimpulan dan tindakan dilakukan. Denganmemerhatikan data yang dipamerkan, ianya dapat membantu pengkaji untuk memahami perkara yang berlaku untuk analisis seterusnya dan tindakan selanjutnyayang perlu diambil berdasarkan kepada pemahaman pengkaji. Berdasarkan kepadatranskrip yang dipamerkan, ianya memudahkan pengkaji untuk membuat rumusankerana kebiasaannya manusia sukar untuk memproses maklumat dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, dengan mempamerkan data, ianya dapat mengurangkan data ataumaklumat yang kompleks kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Oleh itu, pengkaji mempamerkan data-data ini dalam bentuk graf, carta dan gambarajahrangkaian supaya data-data yang diperolehi dapat di gabungkan ke dalam bentuk yang mudah dicapai dan padat dengan maklumat. Perkara ini memudahkan pengkajimelihat perkara yang berlaku dan mengenal pasti kesimpulan serta membuatcadangan yang bersesuaian.Bahagian yang terakhir dalam aktiviti penganalisisan ini ialah melakarkankesimpulan dan mengemukakan pembuktian. Pengkaji berperanan menentukanmakna setiap sesuatu perkara. Pengkaji akan melihat kepada segala data yang telahdianalisis sebelum ini untuk mengemukakan kesimpulan bagi maklumat tersebut.Bagaimanapun, Miles dan Huberman (1994) juga turut menyatakan bahawa penyelidik yang cekap mampu untuk melakarkan kesimpulan sementara di sampingmengekalkan maksud yang ingin disampaikan oleh responden. Bagi memastikankesahihan data, maksud yang cuba disampaikan daripada data perlu diuji dari segi kemunasabahan ( plausibility), ketegapan ( sturdiness), dan pemastian (confirmability)data.

No comments: