Waktu Solat

Monday, January 31, 2011

Ramalan Cuaca Negeri Sabah

Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Sabah
Isnin, 31/01/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Sepanjang Hari
 Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
 Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
 Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Selasa, 01/02/2011

Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Pagi
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Hujan di beberapa tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
Rabu, 02/02/2011

Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Pagi
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Hujan di beberapa tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
Khamis, 03/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
Jumaat, 04/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
Sabtu, 05/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
Ahad, 06/02/2011
Ribut petir di satu dua tempat
Petang


Sumber: Jabatan meteorologi
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat





Sunday, January 30, 2011

Taklimat Penyediaan Laporan Aset Untuk Pegawai Aset

Taklimat Penyediaan Laporan Aset Alih dan Stor khusus untuk Pegawai/Pengurus Aset sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh              : 1 Februari 2011(Rabu)
Tempat            : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa               : 8.00 Pagi

Kehadiran semua Pegawai/pengurus Aset sekolah adalah wajib, kegagalan tuan untuk hadir akan menyebabkan tuan akan dikeluarkan surat tunjuk-sebab atas ketidakhadiran.

Saturday, January 29, 2011

Panel penilai Buku Teks BI perlu kena penalti

Panel penilai buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) English Year 1 Sekolah Kebangsaan perlu dikenakan penalti kerana cuai sehingga menyebabkan hampir 400,000 buku teks Bahasa Inggeris (BI) itu ditarik semula.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sependapat bahawa kecuaian itu tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan integriti Kementerian Pelajaran dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit.
Presiden PIBGN, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu lebih berhati-hati dalam memilih panel penilai pada masa akan datang bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang serta mengelak ibu bapa berasa was-was dengan buku teks yang dikeluarkan kementerian.

Panduan Membina Kata Laluan

Beberapa panduan boleh diikuti untuk membina kata laluan iaitu:-

* Tidak menggunakan maklumat peribadi seperti nama, nombor plat kereta dan lain-lain.
* Tidak menggunakan perkataan yang biasa digunakan dalam sesuatu bahasa seperti buku, sekolah dan lain-lain.
* Pastikan perkataan yang dibina untuk kata laluan menggabungkan pelbagai jenis aksara seperti huruf, simbol dan angka.
* Pastikan kata laluan yang dibina tidak digunakan oleh aplikasi atau sistem komputer yang lain.
* Pertukaran kata laluan yang digunakan bagi setiap 30 atau 60 hari sekali.
* Menggunakan kata laluan yang sukar untuk diteka oleh pihak lain.
* Panjang aksara yang digunakan untuk satu kata laluan adalah antara 12 hingga 15 aksara. Lebih panjang lebih baik kerana ia lebih sukar untuk dipecah masuk.
* Kata laluan yang dibina boleh menjadi satu singkatan bagi satu ayat yang panjang bagi memudahkan untuk mengingatinya

Sumber:Bernama

Kenapa Unit Pemprosesan Utama (CPU) cepat panas

Bergantung kepada keadaan CPU itu sendiri. Bagaimana pun terdapat beberapa sebab yang boleh kita nyatakan di sini iaitu:-

* Kipas CPU yang berfungsi tidak sempurna.
* Keadaan heat sink yang tidak baik.
* Sistem pengudaraan dalam casing yang tidak baik.
* Melakukan teknik overclocking (memaksimumkan kelajuan CPUterhadap CPU sedia ada.
* CPU tersebut bermasalah atau rosak

Jadi, lakukan diagnosis secara satu demi satu pada komponen-komponen yang dinyatakan bagi mengenal pasti masalahnya.


Bernama

Kenapa Komputer Semakin Perlahan

Masalah komputer menjadi semakin perlahan boleh disebabkan oleh perkakasan atau perisian yang digunakan. Di sini disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan sesebuah komputer tersebut menjadi perlahan operasinya iaitu:-

  • Berlaku pemanasan yang melampau terhadap CPU.
  • Keadaan memori RAM yang digunakan tidak baik. Ini mungkin disebabkan oleh kapasitinya yang tidak mencukupi, pemanasan, spesifikasi yang tidak tepat atau RAM itu rosak.
  • Komponen cakera keras atau hard disk bermasalah atau kapasitinya tidak mencukupi.
  • Masalah dalam konfigurasi BIOS.
  • Masalah larian proses-proses dan servis-servis yang tidak perlu dalam sistem pengoperasian Windows.
  • Masalah fragmentasi dalam cakera keras. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam Windows.
  • Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

Perkara-perkara di atas boleh dilakukan dengan melakukan diagnosis pada komponen-komponen perkakasan terlebih dahulu. Sekiranya tiada masalah pada perkakasan, lakukan dianosis pada BIOS, sistem pengoperasian dan aplikasi komputer dalam bahagian perisian.

sumber: Bernama

Wednesday, January 26, 2011

Bekalan Cat dan Jaket Keselamatan Tidak Dituntut

Sekolah yang tersenarai di bawah dikehendaki untuk mengambil bekalan cat dan jaket keselamatan sebelum 9 Februari 2011. Untuk makluman tuan, masa pengeluaran bekalan dalam tempoh tersebut adalah pada pukul 2.00 petang setiap hari bekerja dan berhubung dengan Puan Rapiah A.Ghani terlebih dahulu.  Peralatan tersebut akan diserahkan kepada sekolah lain jika pihak tuan gagal untuk mengambilnya dalam tempoh tersebut.

Tuesday, January 25, 2011

Bekalan Perabot Pejabat PPD Kota Marudu 2011

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu sedang membuat agihan peralatan pejabat untuk sekolah-sekolah rendah daerah Kota Marudu. Senarai sekolah dan jenis serta kuantiti peralatan adalah sepertimana dalam surat yang telah diedarkan (Ruj:PPD(KM)900/2/8(  ) bertarikh 24 Januari 2011. Pihak sekolah hendaklah menuntut peralatan tersebut selewat-lewatnya pada 28 Januari 2011. Masa pengambilan peralatan tersebut adalah pada pukul 2.00 petang dengan berhubung dengan En. Zulkifli Salleh terlebih dahulu.
Kegagalan tuan untuk mengambil peralatan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan peralatan tersebut akan diserahkan kepada sekolah-sekolah yang juga amat memerlukan.

Muat-turun surat makluman di sini.

Sekian.

Monday, January 17, 2011

Taklimat Pengurusan Aset dan Stok Untuk Pegawai Aset Sekolah

**Tarikh terbaru taklimat ini adalah seperti berikut;
Tarikh              : 1 Februari 2011(Selasa)
Tempat            : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa               : 8.00 Pagi

Harap maklum.
*************************************

Taklimat pengurusan aset alih dan stok khusus untuk Pegawai/Pengurus Aset sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh              : 2 Februari 2011(Rabu)
Tempat            : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa               : 8.30 Pagi

Kehadiran semua Pegawai/pengurus Aset sekolah adalah wajib, kegagalan tuan untuk hadir akan menyebabkan tuan akan dikeluarkan surat tunjuk-sebab atas ketidakhadiran.

Tuan boleh memuat-turun Surat panggilan untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

Senarai JKPAK Sekolah-sekolah Daerah Kota Marudu

Semua sekolah rendah dan menengah daerah Kota Marudu dikehendaki menghantar senarai Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) yang telah ditubuhkan dan bagi sekolah yang belum menubuhkan hendaklah berbuat demikian dalam kadar segera.

Senarai tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya pada 2 Februari 2011 ke Unit Perolehan dan Aset, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.

Tuan boleh memuat-turun surat punca kuasa sebagai rujukan.

Sekian, terima kasih

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stok Kerajaan PPD Kota Marudu

Mesyuarat seperti di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh         : 18 Januari 2011 (Selasa)
Tempat       : Bilik Gerakan PPD Kota Marudu
Masa          : 8.30 - 12.30 Tengah hari
Pengerusi    : En. Jainim Samaron

Saturday, January 15, 2011

Senarai Jenama Terbaik Dunia

Senarai jenama terbaik dunia sudah pun dikeluarkan. Walaupun anda tak lihat lagi senarai, kami rasa anda sudah menjangkakan jenama-jenama daripada mana yang berjaya menempatkan dikedudukan teratas. Seperti dijangka, semua syarikat dari Yahudidan Nasrani.

Orang Terkaya di Malaysia 2010

Seperti dijangka, tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu individu korporat seperti Tan Sri Robert Kuok, Kuok Group yang baru sahaja melepaskan gelaran dan mahkota “Raja Gula”  dengan menarik diri daripada bisnes gula di Malaysia yang dipegangnya selama bertahun-tahun. Beliau masih lagi orang terkaya di Malaysia 2010 dengan berjaya mengumpul kekayaan sejumlah RM42.76 bilion, naik RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.

Orang Paling Kaya di Dunia 2010

Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia yang diumumkan Majalah Forbes hari ini:

1. Carlos Slim Helu dan Keluarga (Mexico. Telekomunikasi. AS$53.5 billion)
2. Bill Gates (Amerika Syarikat. Microsoft. AS$53 billion)
3. Warren Buffett (Amerika Syarikat. Berkshire Hathaway. AS$47 billion)

Gaji Perdana Menteri dan Menteri Malaysia

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen -  RM   7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Friday, January 14, 2011

Pertandingan Cadangan Tema Hari Guru 2010

Pertandingan cadangan tema hari guru sempena sambutan hari guru 2011 dibuka sekarang dan borang penyertaan boleh diperolehi secara online di laman web kesatuan guru kebangsaan http://www.nutp.org
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Januari 2011.

Punca Penyakit Bisul


WALAUPUN kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit.
Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

Thursday, January 13, 2011

Speaker DUN Sabah Baru

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak pada Rabu dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, mengambil alih tugas selaku Speaker yang kelapan bagi menggantikan Datuk Juhar Mahiruddin, yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri mulai 1 Jan lalu.

Friday, January 7, 2011

Guru kedua tumpu tugas sampingan

Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sunday, January 2, 2011

Unit Perolehan, PPD Kota Marudu 2011

Pada tahun 2011 ini, saya diarahkan bertugas di unit baru diwujudkan iaitu Unit Perolehan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.

Tugas saya sebelum ini iaitu, Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah akan diambilalih oleh Pn. Norhaya Labai berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Ini merupakan satu tugas dan tanggungjawab baru yang diamanahkan pada saya dan saya akan berusaha melakukan yang terbaik yang termampu untuk melaksanakan tugas dan membantu prestasi pejabat ini dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab pada tahun 2011 ini.

Along Kembali Ke Sekolah

1/1/11, Sabtu: Selamat meneruskan perjuangan dalam pelajaran buat anak kesayangan Sar Shaqir Zufayri @ Along di Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban, buat tahun yang ke-2. Doa ayah, mum dan adik mengiringi perjalanan along.

Yang Dipertuan Negeri Sabah Ke 10

Tahniah atas perlantikan Datuk Juhar Mahirudin sebagai Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah Ke 10 menggantikan Tun Ahmad Shah.

Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang Dipertua Negeri yang dilantik akan berkhidmat selama empat tahun bagi satu penggal.